Ketiak hitam? Aduh-aduh..malunya!
Memanglah keluar rumah bertudung dan tiada siapa pun yang dapat melihat
kerak-kerak pada ketiak, tetapi suami kita mesti nampak kan? Diri
sendiri yang tengok pun rasa nak muntah.
Kehamilan kali ini memang berbeza dari
kehamilan-kehamilan sebelum ini. Sebelum ini, warna ketiak macam biasa
sahaja. Tiada perubahan sebelum dan ketika hamil.
Untuk kali ini, awal-awal hamil pun sudah nampak ketiak berkerak. Puas disental, masih belum mahu keluar dakinya. Sadis rasanya.
Kemudian saya mula google petua hilangkan daki pada ketiak. Kemudian saya terjumpa satu fakta yang mengatakan leher dan ketiak wanita hamil akan berubah menjadi hitam dan nampak berdaki sekiranya mengandungkan bayi lelaki. Ianya disebabkan oleh perubahan hormon.
Ohh..padanlah sebelum ini ketiak saya OK. Cuma kali ini ketiak saya berdaki. Ada logiknya di situ walau faktanya tidak disokong dengan mana-mana kajian.
Katanya lagi, walau disental dengan sabun paling mahal sekalipun, walau pelbagai petua dicuba, memang ketiak wanita hamil akan kekal gelap dan nampak berdaki sehinggalah bersalin. Sejurus selepas bersalin, daki ini akan hilang secara beransur-ansur.
Berita baik buat saya, ianya akan hilang juga nanti. Bukan apa, bila ketiak hitam nampak macam pengotor sangat. Ketiak pun tidak mampu nak jaga kan?
Eh..tetapi bagaimana pula dengan anda yang tidak hamil tetapi punya masalah ketiak hitam? Jom kita lihat apakah punca-punca terjadinya masalah ini.
0 Komentar untuk "Ketiak Hitam? Ouchhh…Malunya! Saya Ada Petua Hilangkannya"