Di Manakah Kulit Lebihan Kemaluan Dibuang Selepas Selesai Dikhatan?


Ramai Yang Silap- Di Manakah Kulit Lebihan Kemaluan Dibuang Selepas Selesai Dikhatan?


Khatan atau biasanya disebut sunat merupakan salah satu amalam perubatan bertujuan menjaga kesihatan alat kelamin lelaki. Di dalam bahasa Inggeris, khatan atau sunat disebut sebagai circumcision Sirkumsi yang berasal daripada bahasa latin, circum (berarti 'memutar') dan caedere (berarti 'memotong').

Sunat pada kanak-kanak lelaki diwajibkan pada agama Islam dan Yahudi. Namun, ada satu pertanyaan yang kerap menimbulkan persoalan, ke mana kulit kemaluan lelaki itu dibuang setelah disunat?. Menurut DR Hadi, kulup atau kulit kemaluan setelah seorang disunat akan ditanamkan

"Setelah kulit dipotong, maka kalau saya biasanya dikubur. Pada tahun lepas sahaja, saya telah menanam lebih 540 kulit preputium di belakang rumah saya," ujar Hadi saat ditemui merdeka.com di Klinik Pondok Khitan, Kawasan Joglo, Jakarta Barat, Rabu pekan lalu.

Menurut beliau, sebagai seorang muslim manusia dan semua bagian tubuhnya berasal dari tanah dan hakikatnya memang harus kembali ke dalam tanah.

Meski demikian, Hadi mengatakan jika ada juga pesakit yang sengaja membawa preputium atau kulup untuk dibawa pulang. Padahal menurut dia, kulit kemaluan telah dipotong dalam proses khatan itu merupakan sebahagian dari sisa perubatan yang harus dikendalikan dengan baik.

Hadi menjelaskan, untuk mengendalikan sisa perubatan tersebut, kebiasaanya terdapata beberapa buah klinik berkhatan akan bekerjasama dengan pihak hospital dalam isu pengendalian kulup kemaluan kerana kebanyakan hospital mempunyai sistem dan cara pengendalian yang khusus yang lebih teratur.

Dari sisi perubatan, apa yang dilakukan Hadi dengan menanam kulit kulup sisa khatan itu merupakan perkara yang kebiasaannya dilakukan. Namun tidak bagi mereka yang berkhatan secara tradisional dengan tok mudim, kebiasaannya lebihan ini akan dikembalikan kepada keluarga pesakit untuk diuruskan.

Ada kepercayaan misalnya oleh orang Betawi, proses penguburan kulup dilakukan secara tradisional. Biasanya kulup akan diminta oleh pihak keluarga untuk kemudian ditaman dengan menggunakan kelapa hijau. Caranya ialah kulup tersebut dibawa pulang ke rumah kemudian dimasukan di dalam kelapa yang telah dikupas dan kemudiannya ditaman di depan pintu rumah.

Menurut kepercayaan penduduk setempat, proses pengendalian yang sedemikian dapat menyebabkan kejantanan kanak-kanak itu semakin terserlah.

"Orang dulu percaya kalau tradisi itu boleh membuatkan penis pesakit yang disunat itu terasa aman, tidak sakit dan berasa panas," ujar Haji Samlani saat ditemui merdeka.com di kediamannya, Ciledug, kota Tangerang.

Samlani menuturkan, jika ada kepercayaan bagi mereka yang menanam kulit kulup bersamaan dengan buah kelapa hijau itu dapat mempengaruhi luka setelah disunat. Selain itu, ada kepercayaan juga jika air kelapa hijau memang untuk mensterilkan pisau bekas memotong kulit kemaluan.
"Karena ada kepercayaan, air kelapa itu kan steril, suci dan bersih," tutur Samlani.

Related Post

0 Komentar untuk "Di Manakah Kulit Lebihan Kemaluan Dibuang Selepas Selesai Dikhatan?"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info