
INGAT lagi dengan seorang gadis yang pernah mengagumkan Justin Bierber hinggakan penyanyi berkenaan menulis `OMG Who is This!‘ dalam instagramnya?
Gadis itu,
Cindy Kimberlu, 17, sepatutnya berterima kasih kepada Bieber kerana
berjaya menjadikan dia popular dan dilaporkan telah menandatangani
kontrak dengan agensi modeling terkenal di Sepanyol.
Cindy
merupakan pelajar dari Belanda yang kini menetap di Costa Blanca dan
sebelum ini mencari duit dengan menjadi pengasuh pada kadar kira-kira
RM10 sejam
Dia dijangka memperagakan pakaian pada bulan ini dalam minggu fesyen Mercedes Benz, iaitu satu acara berprestij.
Dia yang masih bersekolah mengakui kehidupannya umpama cerita dongeng dan menjadi terkenal dalam sekelip mata gara-gara Bieber.
“Apabila
saya mendapati Justin bertanyakan mengenai saya, saya menjadi emosi
kerana saya merupakan peminatnya sejak lebih enam tahun lalu.
“Ia seperti cerita dongeng,” katanya.
Jelas Cindy,
sebelum ini rakan-rakannya pernah menyatakan bahawa suatu masa nanti
Justin akan bercakap mengenainya, tetapi dia enggan mempercayainya.
“Hidup saya berubah selepas itu. Pada mulanya saya sukar mengawalnya, namun kini saya sudah membiasakan diri,” katanya. – Mynewshub.cc
0 Komentar untuk "Cindy Kimberly, Gadis 'Igauan' Justin Bieber Kini Jadi Model"