“Ship of Dreams”, Titanic dilaporkan karam selepas melanggar sebongkah ais di utara Lautan Atlantik pada tahun 1912, lebih daripada 100 tahun yang lalu, tetapi sekarang Titanic akan berlayar lagi.
Satu projek bernilai £300 juta (RM1,806,018,759) oleh jutawan Australia, Clive Palmer dihasilkan khas untuk membina sebuah replika kapal yang berfungsi sepenuhnya seperti Titanic yang karam dahulu.
Syarikat beliau, Blue Star Line merancang untuk melancarkan Titanic-II, yang sama secara fizikal dengan tambahan keselamatan dan ciri-ciri navigasi yang lebih moden.
Sama seperti versi dimensi yang asal iaitu 270 meter panjang dan 53 meter tinggi, Titanic II bakal menawarkan tiket kelas pertama, kedua dan ketiga.
Ini adalah rupa Titanic-II jika ia diteruskan dibandingkan dengan gambar-gambar arkib Titanic yang terdahulu.
TANGGA UTAMA: BAHAGIAN KELAS PERTAMA
Titanic
Titanic II
Titanic
Titanic II
Titanic
Titanic II
Titanic
Titanic II
Titanic
Titanic II
Titanic
Titanic II
Ia mempunyai ruang untuk 2,435 penumpang dan 900 anak kapal (hanya lebih sedikit daripada Titanic sendiri) dengan peningkatan kapasiti jumlah bot penyelamat.
Titanic asal tenggelam berikutan perlanggaran dengan bongkah ais di Atlantik Utara. Lebih 1,500 penumpang dan anak kapal terkorban bukan kerana lemas tetapi suhu sejuk melampau di laut itu.
Komen
0 Komentar untuk "Perlayaran Pertama Titanic-II Pada 2018?"