Lahir di Kapal Terbang, Bayi Dapat Penerbangan Percuma Seumur Hidup

Syarikat yang memberi tumpangan percuma pada orang-orang yang lahir di pesawat antara lain Thai Airways, Asia Pacific Airlines, AirAsia dan Polar Airlines
.

 
Memperbaharui pasport dan melakukan pemeriksaan identiti saat tiba di sempadan antara negeri adalah hal tidak mudah untuk Shaona Owen. Dulu ia dilahirkan di tempat yang tidak lazim dan berbeza dari biasanya.

Ya, Shaona lahir di atas pesawat yang sedang terbang dengan ketinggian kira-kira 36,000 kaki di udara. Sehingga pegawai imigresen mengeluarkan pasport yang berbunyi "pemegang lahir di sebuah pesawat".

Pada tahun 1990, sang ibu, Shaona Debbie Owen yang sedang dalam keadaan hamil besar melakukan penerbangan bersama kakak Shaona, Claire yang masih berusia empat tahun. Saat itu ia menempuh perjalanan dari tempatnya bekerja di Ghana ke London dengan penerbangan British Airways.

Tiba-tiba ia pindah ke kelas utama, dan mendatangi para awak pesawat. Kelas pertama dibebaskan daripada penumpang dan terdengar sebuah pengumuman bagi siapa saja yang mempunyai latihan perubatan diminta maju ke depan.


 Beruntung sekali kerana pada saat itu ada Wim Bakker, seorang doktor Belanda yang kemudian membantu ibunya melahirkan di atas pesawat. Saat itu, Debbie juga merasa sangat ketakutan apabila ditinggal bersama bayi dan Claire, atau kemungkinan pesawat terpaksa mendarat di Afrika. Maka Debbie cuba mati-matian agar tetap bertahan sehingga pesawat tiba di Eropah.

Shaona menganggap peristiwa kelahirannya sebagai hal yang cukup jarang dan menarik untuk diteliti. Hingga kemudian, ia memutuskan untuk menjadikan perkara itu sebagai bahan kajian ketika akan menyelesaikan gelar masternya. Ia pun memutuskan untuk meneliti perkara tersebut selama enam bulan, untuk dapat mencari kes-kes serupa.


"Itu benar-benar menarik membaca cerita-cerita dan bercakap kepada orang lain yang dilahirkan di pesawat," ungkap Shaona.


Kebanyakan syarikat penerbangan tidak menyimpan rekod kelahiran di pesawat. Sehingga sangat sulit mengumpul data statistik mengenai kejadian ini. Tapi para operator penerbangan mempunyai peraturan untuk penumpang yang sedang hamil.


Walaupun berbeza-beza, tetapi majoriti hanya membenarkan penerbangan untuk batas kehamilan di usia 28-36 minggu. Sebuah surat keterangan izin penerbangan akan dikeluarkan dari doktor atau bidan yang memeriksa kandungan ibu hamil tersebut. Namun demikian, hal ini masih saja terjadi di luar kawalan.

Salah satu masalah yang timbul dalam kes bayi yang lahir di udara adalah kewarganegaraan. Undang-undang kewarganegaraan berbeza bergantung pada negara. Sebagai contoh, di UK, kewarganegaraan tidak secara automatik diberikan kepada orang-orang yang dilahirkan di United.

Di Amerika Syarikat, walaupun seorang anak yang lahir di perairan negara atau wilayah udara adalah warga dengan kelahiran sesuai dengan prinsip 'jus soli'. Anak tersebut akan mendapat kewarganegaraan sesuai dengan wilayah di mana ia dilahirkan.


Walaupun sebahagian isu menyebutkan ia akan mendapat penerbangan percuma seumur hidup. Ternyata memang ada sebahagian pesawat yang diketahui telah menguatkuasakan peraturan ini.

Pesawat yang memberi tumpangan percuma pada orang-orang yang lahir di pesawat antara lain syarikat penerbangan Thai Airways, Asia Pacific Airlines, AirAsia dan Polar Airlines. Sedangkan untuk Virgin Atlantic hanya memberikan satu penerbangan percuma bayi sehingga yang bersangkutan berusia 21.

Sementara itu, Shaona telah menerima dua kali penerbangan percuma semasa ke Australia, iaitu pada ulang tahun ke-18, ketika melawat neneknya. Tapi ia juga berpendapat bahawa seharusnya sang ibu lebih berhak menikmati tumpangan percuma kerana telah melewati bahaya dan meregang nyawa.

(Sumber: Cnn.com)
0 Komentar untuk " Lahir di Kapal Terbang, Bayi Dapat Penerbangan Percuma Seumur Hidup"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info