Ramai
 berpendapat bahawa kewujudan ikan duyung hanyalah mitos semata-mata. 
Namun, jika ia benar-benar wujud, adakah ikan duyung seperti yang kita 
lihat di rancangan Disneyland atau dalam filem-filem tertentu itu 
kelihatan persis seperti manusia? Namun, pasti anda semua tidak terfikir
 ada manusia biasa yang menjalani kehidupan seperti ikan duyung.

Dilengkapi 
dengan pakaian atau kostum ikan duyung dan juga pandai dan fasih 
berinteraksi dengan haiwan-haiwan di laut. Beliau dikenali sebagai “ 
Real-Life Mermaid Melissa” . Gadis yang berasal dari Amerika Syarikat 
itu merupakan Little Mermaid versi
 kehidupan realiti dimana beliau merupakan ikan duyung yang hidup dengan
 setengah dari tubuh manusia, setengah pula ikan, cantik, berambut 
panjang dan juga baik hati.
Mermaid 
Melissa sangat obsess dengan ikan duyung sehingga dia sentiasa memakai 
kostum dan berenang ke dasar lautan. Sudah menjadi kehidupan sebenar 
beliau menghadirkan diri sebagai ikan duyung dalam kehidupan nyata dan 
beliau beranggapan itu sudah merupakan takdirnya.
Melissa yang
 juga bekerja sebagai penyelam professional ikan duyung sangat mencintai
 kariernya dan dengan tekun beliau berlatih menahan nafas sehingga 5 
minit tanpa bernafas dalam air. Menurut Melissa, sejak kecil lagi beliau
 sudah mencintai laut dan olahraga air, bahkan beliau sentiasa hadir di 
satu tempat rekreasi untuk berenang bersama dengan ikan lumba-lumba. 
Sudah menjadi perkara biasa baginya dalam mensesuaikan diri dengan 
kehidupan dalam air.

Cinta saya 
kepada haiwan dalam air dan ingin melindungi lautan adalah penyebab 
utama hadirnya diri saya sebagai ikan duyung manusia.” Kata Melissa.


0 Komentar untuk " WOW ! “Mermaid Melissa”, Simbol Manusia Ikan Duyung"