Fesyen berseluar ketat dilihat semakin
popular kebelakangan ini. Bukan sahaja digemari di kalangan wanita,
malah segilintir kaum lelaki juga dilihat gemar memperagakan fesyen
jenis ini. Seseolah trending di kalangan masyarakat sekarang, semakin
ketat jenis seluar itu, seseolah semakin gorgeous si pemakai kelihatan.
Mereka sering mengganti penampilan sesuai zaman. Remaja lelaki khususnya gemar memakai seluar 'skinny' dan mengikuti mood yang disukai wanita itu.
Apa yang paling menarik adalah seluar
'skinny' itu terbukti menjadi kegilaan ramai selain meraih populariti
dalam kalangan remaja Malaysia. Pemakaian seluar jenis ini sebenarnya
bertujuan untuk terlihat lebih bergaya, namun ada remaja memakainya
untuk terlihat lebih kurus dari ukuran tubuh sebenarnya.
Biasanya seluar dipakai itu ketat kononnya untuk kaki tampak kecil dan elok dipandang.
Namun. hati-hati untuk para wanita,
pemakaian seluar jenis yang salah mungkin akan menyebabkan diri anda
menjadi tumpuan mata-mata lelaki di luar sana.
Sesetangah wanita dilihat agak cuai
dalam pemilihan seluar jenis ini untuk dipakai keluar di mana, kain di
bahagian kelangkang seluar akan terangkat sedikit ke atas semasa anda
sedang berjalan dan ini akan secara tidak langsungnya akan menyebabkan
kesan alur vagina anda kelihatan ketara.
Lebih memalukan sekiranya warna seluar
yang dipakai itu adalah berwarna terang dan ini pastinya akan
menyebabkan kesan ini semakin jelas kelihatan!
0 Komentar untuk "Jangan Cuba Meniru Fesyen Gaya Ini"