Trend selfie sudah menjadi antara 
perkara yang wajib dilakukan pada setiap hari. Namun tahukah anda bahawa
 tabiat selfie berlebihan juga boleh menyebabkan kulit wajah anda 
kelihatan cepat tua? Penjelasannya di bawah ini.

Perkara ini didedahkan oleh seorang 
blogger kecantikan Mehreen Baig, 26, di mana tabiat selfie berlebihan 
akan menyebabkan kulit wajah cepat tua. Melalui portal 
berita Dailymail, Mehreen menjelaskan tabiat selfie sebanyak 50 kali 
sehari boleh menyebabkan muka ditumbuhi jerawat, bintik hitam dan 
perubahan kepada tona kulit.
Ini kerana cahaya yang dihasilkan oleh 
lampu biru HEV(High-Energy Visible Light) pada telefon lebih berbahaya 
dari cahaya matahari kerana kadar penembusan terhadap kulit lebih dalam.

Selepas mengetahui mengenai cahaya HEV 
yang dipancarkan telefon semasa bergambar, dia telah bertindak berjumpa 
pakar kulit apabila melihat kulit wajahnya mengalami tanda-tanda penuaan
 pra-matang.
Cahaya HEV bukan sahaja dipancarkan oleh
 peranti seperti telefon tetapi turut terdapat pada komputer riba dan 
tablet dan kajian menunjukkan ia hanya sebagai berbahaya kepada kulit 
sebagai cahaya UVA dan UVB.

Berdasarkan kajian dan didedahkan oleh 
David E. Bank, Direktor dermatologist, cosmetic, dan laser surgery di 
Mount, New York. cahaya HEV boleh menyebabkan kulit menjadi kering, 
berkedut, kemerahan, sehingga pigmentasi.
“Beberapa kemungkinan terjadi dari kesan HEV iaitu kekeringan, kedutan, kemerahan, sehingga pigmentasi,” jelasnya.

Disebabkan itu, Mehreen menasihati orang
 ramai supaya mengurangkan aktiviti berselfie untuk mencegah gajala 
berkenaan, pastikan anda selalu memakai sunscreen dengan kandungan zinc 
oxide dan titanium, untuk mencegah penuaan pada kulit ketika berselfie.
0 Komentar untuk "Wanita Yang Suka Berselfie Akan Kelihatan Lebih Tua, Ini Sebabnya"