Abang suka ketawa? anda suka tak? 
Biasanya kita ketawa bila hati senang dan ada perkara yang lawak kan? 
Jangan pula ketawa seorang diri nanti dituduh gila pulak. Sebenarnya 
banyak kebaikkan ketawa ni selain yang kita tahu boleh hilangkan stres. 
Jom baca!

#1. Mengurangkan stress.
Kadar hormon stress seperti kortisol dan
 adrenalin akan cenderung untuk menurun ketika anda ketawa. Disebabkan 
hormon-hormon inilah yang memberi tekanan terhadap sistem ketahanan 
tubuh yang boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang
 tidak baik. Satu kajian mendapati bahawa ketawa membantu mengurangkan 
stress dan meningkatkan fungsi ketahanan tubuh. Ia juga sangat 
bermanfaat untuk rawatan pesakit kanser dan HIV.
#2. Memperbaiki aliran dan tekanan darah.
Ketawa telah terbukti dapat menurunkan 
atau mengimbangkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah vaskular.
 Ianya dapat membantu untuk melancarkan kembali peredaran darah dan 
meningkatkan oksigen dalam darah. Selain daripada itu, ketawa juga 
merupakan terapi terbaik untuk memerangi penyakit jantung.
#3. Merupakan senaman.
Hasil daripada penyelidikan menunjukkan 
bahawa dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang digunakan 
adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh 
basikal.
#4. Meningkatkan ketahanan tubuh.
Dengan ketawa telah terbukti dapat 
meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang merupakan 
antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama dalam 
sistem pernafasan.
#5. Menghilangkan kesakitan.
Ketawa adalah merupakan rawatan secara 
semulajadi yang dapat membantu untuk menghilangkan rasa sakit walaupun 
ia hanya bersifat sementara.
#6. Meningkatkan kemahiran bersosial.
Perasankah anda dengan ketawa dapat 
memudahkan lagi seseorang untuk berhubung, berkomunikasi dan sebagainya.
 Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati 
berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih 
akrab sekiranya sering ketawa.
#7. Mengurangkan agresif.
Dengan ketawa akan menyebabkan anda 
menjadi lebih tenang dan kurang agresif, yang boleh membantu anda 
membentuk perspektif yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya 
berlaku di sekitar anda. Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar untuk
 menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak
 suka menontonnya.
#8. Memberi tenaga kepada organ dalaman.
Seperti yang telah dinyatakan, ketawa 
akan meningkatkan aliran darah, mengurangkan hormon stress dan secara 
tidak langsung merupakan salah satu senaman. Dengan kata lain, ketawa 
dapat membantu untuk mencerdaskan otak, jantung dan paru-paru serta 
merangsang organ-organ ini ke dalam tindakan yang anda lakukan dan 
memberikan tenaga terhadap organ-organ ini untuk berfungsi dengan baik.
0 Komentar untuk "8 Kelebihan Ketawa Yang Anda Tak Tahu!"