Tindakan sepasang kekasih melakukan 
hubungan seks secara terbuka di atas sebuah patung biri-biri di Dunedin,
 New Zealand tular di laman sosial.
Memetik metro.uk, tindakan jijik pasangan kekasih itu berlaku sekitar jam 1 pagi, Sabtu lalu.
Mereka dikatakan tidak menghiraukan 
beberapa individu yang melalui kawasan kejadian, malah si lelaki didakwa
 turut melambai tangan sebelum menyambung ‘urusannya’.
Rakaman adegan seks pasangan tersebut 
kemudian dipercayai dimuat naik di laman sosial, sebelum pihak polis 
menggesa orang ramai yang berada di lokasi kejadian supaya tampil 
membuat laporan polis.
Menurut seorang lelaki berusia 23 tahun 
yang merakam adegan tersebut, kejadian berlaku ketika dia dan beberapa 
rakannya sedang melalui kawasan berkenaan sebelum ternampak aksi 
tersebut.
“Mereka melakukan seks atas biri-biri. Saya ingatkan mereka ini dicabar... saya tidak pernah melihat perkara itu sebelum ini.
“Salah seorang daripada kawan saya telah
 memuatnaik dalam media sosial dan semua orang ketawa, kecuali ibu saya 
yang tidak suka melihat perbuatan itu,’’ katanya, memetik portal 
tersebut.
Susulan penularan rakaman seks pasangan 
tersebut, jurucakap polis New Zealand menggesa orang awam supaya membuat
 laporan polis, dan bukannya bertindak merakam kejadian seumpama itu.
“Kami mengambil serius mengenai benda 
ini dan siasatan akan dijalankan. Jika sabit kesalahan mereka yang 
melakukan perbuatan lucah di khalayak ramai boleh dihukum penjara dua 
tahun,’’ katanya.
Video tersebut kini tular selepas dikongsi di laman LiveLeak.com.
0 Komentar untuk "Sempat Lambai Tangan Sebelum Sambung S3ks Atas Biri-Biri (Video)"