Aktres Salma Hayek mendedahkan dia 
pernah menerima ugutan bunuh dari Harvey Weinstein disebabkan tidak mahu
 mengikut kehendak penerbit filem itu.
Salma berkata, Harvey pernah beberapa 
kali melakukan salah laku seks terhadapnya ketika dia bernaung sebagai 
artis bawah syarikat Miramax tahun 1990-an.
Jelas Hayek kemuncak gangguan seks yang diterimanya adalah pada tahun 2002 ketika menjayakan filem Frida.
"Selama bertahun-tahun saya menganggap 
dia sebagai 'raksasa' dalam hidup saya. Pada 2002, saya memegang watak 
Frida Kahlo dalam filem Frida.
"Saya dipaksa berkali-kali oleh 
Weinstein melakonkan aksi ranjang. Saya merasakan waktu itu badan 
seakan-akan menangis kesakitan kerana dipaksa menggayakan aksi seksi dan
 mengghairahkan.
"Yang saya kesalkan, bukan kerana perku 
menjayakan watak tersebut tapi kecawa sebab saya seolah-olah menyajikan 
semua itu untuknya," jelas Hayek.
Bagaimanapun, Harvey tampil membalas kenyataan tersebut dan menafikan segala dakwaan Salma terhadapnya.
Sebelum ini berpuluh-puluh wanita telah 
menuduh Weinstein melakukan gangguan seksual hingga ada yang mendedahkan
 pernah dirogol penerbit filem terkenal itu.
0 Komentar untuk "Berkali-kali Dipaksa Lakonkan Aksi Ranjang"