Terbaru pengacara Awesome Eats iaitu Ben
yang juga seorang vlog telah berkunjung ke Indonesia untuk mencuba
sendiri makanan atau mee segera yang dipanggil Indomie yang dikatakan
paling pedas di dunia di Restoran Abang Adek di Jakarta.
Di Restoran ini, terdapat beberapa jenis
makanan mee segera yang pedas mengikut level tertentu dan level yang
tertinggi ialah mee segera yang bernama “mampus” iaitu mee segera dengan
campuran lebih kurang 100 batang cili padi.
Walaupun agak terkejut dengan jumlah
cili padi pada mulanya, Ben dan rakannya tetap makan dengan segera. Dari
suapan yang pertama, Ben dan seorang rakannya kelihatan seperti
menyesali perbuatan mereka.
Ben menggelengkan kepada dan terdiam
untuk menahan pedasnya, rakannya disebelahnya berkata kepada Ben, “It’s
not edible. Man. It’s not freakin edible. It’s so hot! This is not for
human, Ben.”
Walaupun begitu, Ben tetap meneruskan
makan mee tersebut dan selang beberapa saat, kelihatan Ben mula
menanggalkan baju dan berdiri sambil meminum beberapa gelas air dan juga
memakan air batu kerana tidak tahan dengan pedas dan panasnya.
Apabila merasakan panas dan pedasnya
tidak berkurang, ben mengambil keputusan membasahkan kepala dan mukanya
di sinki. Selepas agak tenang, Ben berkata bahawa ini adalah pengalaman
yang menarik, “That was fun. I haven’t had so much fun in the long
time.”
0 Komentar untuk "Sahut Cabaran Makan Mee Paling Pedas Di Dunia, Lelaki Ini Menyesal Serta Merta (Video)"