Selalunya tertinggal barang di rumah
atau di mana-mana memang sering kali berlaku, mungkin disebabkan
kesilapan sendiri atau tidak disengajakan..Termasuk juga tertinggal
barang di hotel atau di rumah-rumah tumpangan.. Berikut dikongsikan 7
barang peling yang pernah tertinggal di hotel.
#1. Wang USD 6,000
Meninggalkan tip untuk pekerja hotel
adalah terpuji, tetapi kalau meninggalkan USD 6,000? Ini sah tertinggal
namanya. Namun, wang sebanyak ini pernah tertinggal di dalam tas di
Miami International Airpot Hotel. Akhirnya wang ini disumbangkan oleh
pemilik hotel.
#2. Kaki Palsu
Selipar atau kasut adalah perkara yang
biasa jika ia ditinggalkan, tetapi bagaimana dengan kaki palsu? Kes
seperti ini pernah terjadi di Fairmont Queen Elizabeth Hotel, Quebec.
#3. Ikan Jerung
Jika anda melihat harimau di bilik
tidur, pasti anda yakin anda sedang bermimpi. Namun ketika pelayan hotel
The Tivoli Marina Vilamoura di Algarve telah terjumpa jerung di bilik
mandi hotel, dia menyangka sedang bermimpi tapi sebenarnya tidak. Jerung
ini sedang berenang dengan lemah kerana memerlukan air laut. Akhirnya
jerung ini dekembalikan ke habitat asalnya.
#4. Ganja
Tidak ada yang tahu kenapa seseorang
meninggalkan ganja di bilik hotelnya. Ini pernah berlaku di Opus Hotel
Vancouver, British Columbia. Menurut General Manager Hotel, Nicholas
Gandossi, Boleh sahaja tetamu mereka berharap untuk menyimpannya semasa
perjalanan.
#5. Kuda
Secara teknikal, kuda pasti tidak akan
ditinggalkan di bilik hotel, melainkan di parking hotel Driotwich,
Inggeris. Menghairankan, bagaiman pemiliknya boleh terlupa mengambil
haiwan sebesar itu di tempat parking.
#6. Gigi
Ini pernah terjadi di Eurostars Grand
Marina GL di Barcelona, Sepanyol di mana penyewa bilik hotel ini pernah
tertinggal giginya di bilik hotel. Pemiliknya ada menelefon hotel
tersebut dan menanyakan adakah pihak hotel boleh mengirimkan gigi itu
kembali kepadanya.
#7. Belon kambing
Mungkin penyewa hotel ini memerlukan
kambing, walaupun ianya mainan, mungkin untuk membantunya tidur.
Sebenarnya ia sengaja ditinggalkan oleh penyewa bilik. Ia pernah berlaku
di Travelodge’s Edinburgh.
0 Komentar untuk "7 Barang Pelik Yang Pernah Tertinggal Di Hotel"