Siapa yang dapat menyangkakan dengan
hanya berbekalkan cat di badan, seorang wanita berjaya memperdayakan
orang ramai dengan berjalan di sebuah pusat beli belah tanpa memakai
sebarang pakaian.
Eksperimen ini merupakan idea seorang
wanita yang dikenali sebagai Jen yang ingin menguji sama ada orang ramai
akan sedar atau tidak bahawa sekiranya cat digunakan bagi menggantikan
pakaian semasa berjalan-jalan di dalam pusat beli belah itu.
Bagi menjayakan eksperimen itu,
Jen bersama anak perempuannya menggunakan tekniknya secara terperinci
dengan menyapukan cat pada tubuh model yang bernama Maria Luciotti yang hanya memakai seluar dalamnya bagi mengaburi mata orang ramai.
Setelah selesai, Maria kelihatan seperti memakai sehelai baju ketat berwarna hitam dan sehelai seluar ripped jeans.
Maria dan Jen kemudiannya menguji hasil
seninya dengan berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah seperti
seorang pelanggan biasa. Mungkin kerana jeansnya itu mengikut trend
terkini, jadi ramai yang tidak menyedari tentang yang Maria sebenarnya
tidak memakai sebarang pakaian.
Maria turut memakai sehelai selendang dan topi untuk kelihatan seperti dia memakai pakaian yang penuh.
Ternyata masih terdapat beberapa orang
yang menyedarinya tetapi mengambil langkah dengan mengendahkan perkara
itu. Namun apabila dia pergi ke sebuah kedai pakaian untuk mengukur saiz
branya ,reaksi pekerja di situ amat mengejutkan. Mereka tidak
menyedarinya sehingga menyentuh kulit Maria.
0 Komentar untuk "Wanita Ini Berjaya Perdayakan Orang Ramai Dengan Hanya Memakai ‘Body Painting’ Tanpa Seurat Benang (Video)"