Kebanyakkan wanita sering risau akan
penampilan mereka untuk menarik perhatian seorang lelaki. Mereka terlalu
menjaga diet mereka agar kelihatan tidak berisi.
Lelaki
sejati lebih gemar memilih wanita yang memiliki bentuk badan yang lebih
berisi daripada yang kurus. Definisi badan berisi dan gemuk amatlah
berbeza sekali.
Sudah menjadi lumrah seorang lelaki
apabila bejumpa dengan seorang wanita mereka akan memerhatikan wajahnya
dan diikuti dengan bentuk badan. Lelaki melihat wanita badan berisi
lebih seksi jika dibandingkan dengan wanita berbadan kurus.
Jadi para wanita elakkan untuk menjadi
kurus. Mulailah ikuti selera anda untuk dapatkan tubuh menjadi lebih
berisi. Tidak perlu untuk mengikat perut dan melakukan diet yang
membuatkan anda kelihatan kurus.
Tubuh seorang wanita yang berisi
memberikan kesan menarik di mata lelaki. Ternyata salah satu kejayaan
dalam berumahtangga apabila suami melihat para isteri mempunyai badan
berisi.
Para wanita yang kurus biasanya
diinginkan oleh seorang model yang ingin berjalan di atas pentas
peragaan. Tetapi bagi seorang wanita yang ingin persiapkan diri untuk
membina rumah tangga badan yang berisi adalah pilihan yang lebih tepat.
Namun jika wanita yang tetap dengan
pendirian “kurus itu seksi”, anda boleh bertanyakan pendapat pada
kawan-kawan lelaki sama ada mereka memilih yang berisi atau yang kurus.
Anda pasti akan terkejut dengan jawapan yang mereka berikan.
0 Komentar untuk "Lelaki Lebih Tertarik Dengan Wanita Yang Berisi Berbanding Yang Kurus, Jadi Berhenti Diet"