KERANA mahu cantik, seorang wanita langsung tidak mempedulikan orang ramai sebaliknya dia dengan selamba memakai masker (topeng wajah untuk kecantikan) ketika menaiki kereta api untuk ke tempat kerja.
Imejnya itu telah dirakamkan dan menjadi viral di seluruh China.
Menurut Joey, dia memakai masker itu sebelum masuk ke pejabatnya kerana dia tidak mempunyai masa yang cukup pada waktu malam untuk membelai dan memanjakan diri sendiri.
Memandangkan dia akan berkahwin tidak lama lagi, maka Joey terpaksa bekerja lebih masa dan pulang lewat ke rumah.
Dia juga mahu kelihatan cantik pada hari perkahwinannya kelak.
Meskipun ketika menaiki kereta api dia menjadi objek renungan ramai dan ramai yang mengumpatnya, namun Joey tidak kisah malah langsung tidak mempedulikan kata-kata berkenaan.
Tindakannya itu disifatkan sebagai satu keberanian dan mendapat pujian ramai.
0 Komentar untuk "Wanita Selamba Pakai Masker Setiap Hari Ke Tempat Kerja"