ISTERI kepada Putera William, Kate Middleton melalui momen ala-ala seperti yang berlaku kepada bintang legenda Marilyn Monroe apabila pakaiannya ditiup angin ketika melawat tugu peringatan perang di Mumbai, India, pada Isnin.
Namun, kamera tetap berjaya merakam kejadian berkenaan.
Aksi ‘Duchess of Cambridge’ itu sekali gus dirakam oleh media dan disamakan dengan imej yang sinonim dengan Marilyn Monroe dalam filem The Seven Year Itch.
Gambar insiden yang dianggap unik itu turut terpilih untuk disiar dalam muka hadapan akhbar The Times Of India.
Bagaimanapun, malangnya akhbar tersebut mendapat kritikan dan kecaman yang teruk kerana memilih berita seumpama itu di muka hadapan.
Ini kerana, ramai berpendapat akhbar tersebut sepatutnya memberi fokus kepada masalah-masalah besar yang berlaku di India seperti kemarau yang sedang melanda di beberapa negeri di negara tersebut.
Insiden ala Marilyn Monroe bukanlah yang pertama berlaku pada Kate kerana pada tahun 2014, media pernah merakam aksi Kate menahan kainnya dari tersingkap ketika beliau menurun pesawat selepas tiba di New Zealand.
Beliau yang ketika itu mengenakan pakaian berwarna merah dan sedang mendukung Prince George, bijak mengawal keadaan apabila sedar kehadiran angin kuat yang telah menyebabkan sebahagian kakinya terdedah.
Selain itu, ada banyak lagi insiden gaun Kate melayang sehingga menampakkan seluar dalam yang dipakainya dan menjadi sensasi antarabangsa – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Momen Ala-Ala Marilyn Monroe Dilalui Kate Di India"