Wanita Guna Besi Panas Untuk Rawat Leukimia


Dalam usaha mengubati leukaemia yang dialaminya, seorang wanita yang sedang sakit tenat mendakwa terpaksa menggunakan rawatan besi panas bagi proses penyembuhan.


Wanita itu, Ding Zhen, 28, telah disahkan menghidap kanser berkenaan pada Ogos 2014.

Disebabkan penyakit itu juga, suaminya telah meninggalkan Ding bersama-sama dengan anak lelaki mereka.
Memandangkan wanita itu telah membelanjakan sebanyak £32,000 bagi rawatannya, Ding tiada lagi duit justeru terpaksa menghentikan rawatan di hospital.

hot iron2
Ding mendakwa kaedah besi panas yang digunakan itu dapat membunuh sel kanser.

Dia yang tidak mempunyai wang kini menyewa sebuah bilik bersama dengan bapanya, yang bekerja sebagai pencuci pinggan bagi menyara kehidupan mereka.

“Pendapatan bapa saya sebagai tukang cuci pinggan di restoran hanya cukup untuk menampung kehidupan harian kami,’’ katanya.

Jelas Ding, dia akan berbaring sambil bogel selama beberapa kali sehari untuk rawatan besi panas itu.

hot iron1

Bagaimanapun Ding mengakui besi panas itu tidak berkesan sebaliknya dia memerlukan kimoterapi.

Namun selepas berita mengenai Ding itu disiarkan dalam media, dia menerima reaksi yang pelbagai daripada orang ramai. Ada yang menyindirnya dan percaya dia sengaja mahu mendapatkan perhatian.

Tidak kurang pula yang mencemuhnya dan mengesyaki dia sengaja menggunakan gambar rawatan besi panas berkenaan untuk mendapatkan simpati serta menipu orang ramai untuk kepentingan sendiri.






0 Komentar untuk "Wanita Guna Besi Panas Untuk Rawat Leukimia"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info