DALAM beberapa kejadian yang berlaku di Yishun Street , 71,
Singapura, seorang remaja lelaki yang dianggarkan berumur dalam
lingkungan 16 tahun bertindak berani dengan menunjukkan kemaluannya
kepada seorang juruwang di sebuah kedai runcit.
Perbuatan tidak senonoh dan tidak bermoral remaja berkenaan berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) kedai itu sekitar tiga minggu yang lalu setelah memasang CCTV yang baharu. Perbuatan keji itu merupakan kali keempat yang dilakukannya.

Menurut seorang sumber bagi laman Stomp, yang merupakan pengunjung tetap bagi kedai itu, dia telah mendapat rakaman kejadian itu daripada tuan kedai itu sendiri kemudiannya berkongsi dengan portal Stomp.
Melalui rakaman video tersebut, budak lelaki itu kelihatan merayau-rayau di sekitar kedai terbabit sambil meraba-raba kemaluan dan menghampiri kaunter bayaran lalu secara perlahan-lahan melondehkan seluarnya serta mengeluarkan kemaluannya itu di hadapan juruwang tersebut.

Tambah sumber itu lagi, satu laporan polis telah dibuat dan beberapa orang polis telah hadir ke premis tersebut untuk menyiasat kejadian itu.
Budak lelaki berkenaan ditangkap keesokkan harinya kata sumber tersebut.

0 Komentar untuk "Remaja Tunjuk Kemaluan Depan Juruwang"