Bogelkan Perampas Suami Perkara Biasa Di China


Tindakan membogelkan seseorang sebagai hukuman kerana meniduri kekasih orang lain, sering berlaku di China dengan mangsa selalunya adalah wanita.

Kejadian terbaru berlaku di sebuah pusat beli belah apabila seorang wanita telah diserang dan dibogelkan oleh sekumpulan wanita.

Puncanya kerana dia didakwa tidur dengan teman lelaki salah seorang daripada wanita terbabit.
Lebih malang perbuatan berkenaan dirakamkan dengan tujuan untuk memalukan mangsa.

Nasib baik dua pengawal keselamatan, secara tiba-tiba muncul di situ dan cuba meleraikan serangan terbabit bagi menyelamatkan wanita berkenaan daripada dibogelkan di khalayak ramai.

Video rakaman selama dua minit itu telah dimuatnaik di internet pada hujung minggu lalu dan dikongsi beribu-ribu orang.

Bagaimanapun tidak diketahui apa kesudahan serangan terbabit.
0 Komentar untuk "Bogelkan Perampas Suami Perkara Biasa Di China"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info