[Dengan Video] Anak Orang Kaya 'Show Off' Kekayaan



KEHIDUPAN mewah anak-anak orang kaya di London yang dikongsi menerusi laman sosial Instagram @richkidslondon menarik perhatian pengguna media sosial.

Akaun tersebut ditubuhkan bagi menggalakkan remaja muda yang kaya untuk mengambil gambar bagi memaparkan gaya hidup mewah mereka, selain mempunyai ‘slogan’ berbunyi: “Kehidupan anak-anak orang mewah tidak boleh disentuh.”

Instagram tersebut yang kini mempunyai pengikut lebih 69,000 orang antaranya memaparkan foto-foto golongan remaja yang mula kembali ke universiti dengan menaiki kenderaan mewah seperti kereta sport dan pesawat peribadi.

Malah, lebih menarik entri tersebut turut memaparkan sikap ‘riak’ anak-anak orang kaya yang dilihat begitu senang menghabiskan wang.

Antaranya, salah satu foto yang dimuat naik kelihatan seorang lelaki menggunakan wang untuk mengelap kasutnya kerana ‘disentuh pengemis’.

Malah, kapsyen kepada gambar tersebut juga seolah menunjukkan sikap biadab dan sombong apabila ia menulis; “Apabila kasut anda disentuh oleh pengemis.”

Selain itu, terdapat juga wang kertas yang diletakkan didalam kotak tisu bagi menggantikan kertas tisu.
Malah, terdapat juga satu video yang memaparkan asksi seorang remaja yang berada di dalam bilik mewah sambil melemparkan wang kertas.
Terdahulu, kehidupan mewah anak-anak orang kaya turut dipamerkan oleh remaja di Tehran dan Malaysia.
0 Komentar untuk "[Dengan Video] Anak Orang Kaya 'Show Off' Kekayaan"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info