Wow..!! Lelaki Lamar Pakai Bunga Diperbuat Daripada Wang


BEIJING – Seorang lelaki di China memberikan kejutan kepada kekasihnya, dengan melamar wanita itu di hadapan rakan sekerjanya dengan menggunakan bunga yang diperbuat daripada kepingan wang kertas.

Ma Caojun, 32; yang bekerja di sebuah syarikat pengeluar makanan segera melamar kekasihnya Qin Jiaojiao di hadapan 600 pekerja syarikat berkenaan ketika majlis anugerah industri kebetulan sedang diadakan.

Sejurus sahaja Ma diumumkan sebagai pemenang anugerah itu dia kemudiannya naik ke pentas bersama teman wanitanya, sebelum berlulut dan memberikan hadiah bunga yang diperbuat dari wang kertas.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang kuat bekerja, Ma tersenyum lebar selepas Qin menerima lamaran terbabit.

“Mulai sekarang saya akan menjadi ketua keluarga dan menyediakan semuanya,’’ kata Ma kepada Qin.
Ma berkenalan dengan Qin sejak tiga tahun lalu dan dia mahu berkahwin dengan wanita berkenaan kerana selama ini Ma banyak menghabiskan masa dengan kerja.
Kini dia mahu meluangkan masa untuk isterinya. – Mynewshub.cc
0 Komentar untuk "Wow..!! Lelaki Lamar Pakai Bunga Diperbuat Daripada Wang"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info