LONDON – Pertubuhan Layanan Beretika untuk Haiwan (PETA) mendesak
pihak berkuasa Britain menyiasat satu video menerusi Internet
menunjukkan seorang lelaki memakan anak tikus hidup-hidup.
Video berkenaan yang dimuat naik melalui LiveLeak menunjukkan seorang lelaki memasukkan seekor anak tikus ke dalam mulut dan terus mengunyahnya dengan penuh berselera.
Lebih menjijikkan lagi, isi perut anak tikus itu dilihat terpercik ke kamera ketika lelaki tersebut mengunyah daging haiwan berkenaan.
Lelaki itu kemudian dilihat hampir termuntah sebelum dia segera meneguk sebotol air.
Tindakan itu menyebabkan lelaki berkenaan dikritik teruk pengguna Internet yang menganggapnya sebagai kejam.
Pengarah PETA Britain, Mimi Bekhechi mendesak pihak berkuasa menyiasat lokasi video itu dirakam dan mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan.
“Lelaki ini mengalami masalah mental dan dia perlu dikeluarkan dari komuniti untuk kebaikan dirinya sendiri.
“Seseorang yang tergamak menghancurkan haiwan kecil yang tidak berdaya ini sudah pasti menimbulkan kebimbangan orang ramai,” katanya. – Agensi/myMetro Online

0 Komentar untuk "Polis Digesa Siasat Video Lelaki Makan Anak Tikus"