YA ALLAH....KIAMAT HAMPIR TIBA.....MARI TENGOK GAMBAR DAN CERITA SERAM INI
23px; margin: 0px 0px 20px; padding: 0px; vertical-align: baseline;">
Sebuah
lubang misteri yang besar telah ditemui di semenanjung Yamal, Barat
Laut Siberia, Russia. Tempat itu bermaksud “hujung dunia”.
Lubang yang dirakam beberapa helikopter yang melintas dan tersebar ke Internet itu mulai diselidiki oleh para saintis.
Berdasarkan
foto-foto yang ditampilkan via satelit Google Maps, lanskap dari lubang
itu tidaklah rata tapi ada banyak lubang-lubang besar dan kecil.
Berikut
adalah beberapa konspirasi teori mengenai analisa penyebab lubang yang
berdiameter 262 kaki (79,85 meter) dan dalam 200 kaki (60,96 meter) itu
muncul atau terbentuk.
1. Meteor
2. Lubang Gas
3.
Yang ini bukan teori Saintis, tetapi teori orang beriman, lubang
tersebut digali oleh Yakjuj dan Makjuj untuk keluar dari perut bumi.
Siapa Yakjuj Dan Makjuj?
Nabi
Muhammad tiba-tiba terbangun dari tidurnya dengan muka merah padam.
Seperti diceritakan oleh Zainab binti Jahsy, ketika terbangun itu, Nabi
tiba-tiba berkata, “Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah.
Sungguh kerosakan akan menimpa bangsa Arab akibat datangnya kejahatan
yang telah dekat. Hari ini, sebuah lubang sebesar ini telah terbuka di
dinding Ya’juj dan Ma’juj. “Ketika itu, Nabi membuat tanda lubang dengan
ibu jari dan jari telunjuknya.
Legenda
mengenai Ya’juj dan Ma’juj tidak hanya dikenali di dalam ajaran Islam.
Dalam ajaran Kristian pun kisah mengenai se kelompok manusia yang bakal
membuat kerosakan besar di muka bumi itu juga diceritakan, lebih
dikenali dengan nama Gog dan Magog. Adalah Zulkarnain, seorang raja
besar pada masa lalu yang telah mengurung kaum Ya’juj dan Ma’juj di
sebuah lembah di antara dua gunung tinggi (assaddain) dengan cara
membina tembok penghalang terbuat dari besi dan tembaga, seperti
diceritakan dalam Al-Quran surah al-Kahfi ayat 93-97.
Lalu,
dalam ayat selanjutnya, disebutkan bahawa suatu saat tembok itu akan
runtuh dan kaum Ya’juj dan Ma’juj akan keluar. “Dan, pada hari itu
(ketika tembok terbuka), kami biarkan mereka bercampur baur satu sama
lain seperti gelombang ….” Dalam Al-Quran versi Jabatan Agama, kalimat
“pada hari itu” (yawma idhin) dari ayat ke-99 surah al-Kahfi ini
diertikan sebagai hari kiamat. Namun, Dr Imran Nazar Hosein, cendekiawan
Muslim kelahiran Trinidad dan Tobago 70 tahun silam punya pendapat lain
atas ayat itu.
Kerana
ayat ke-98 menceritakan mengenai akan runtuhnya tembok penghalang
Ya’juj dan Ma’juj maka lebih tepat bila kalimat pada hari itu
ditafsirkan sebagai hari ketika tembok itu benar-benar runtuh. Hari
ketika kaum perosak itu akhirnya boleh keluar dari lembah yang mengurung
mereka dan kemudian bertebaran di seluruh Bumi seperti gelombang lautan
dan kemudian bercampur baur dengan bangsa-bangsa manusia lain.
Ini
dijelaskan juga dalam surah al-Anbiyaa ayat 96, dari terjemahan versi
Jabatan Agama. “Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya’juj dan Ma’juj dan
mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.”
Soalan
utamanya, bilakah tembok Zulkarnain itu runtuh? Atau, lebih tepat lagi,
apakah kaum Ya’juj dan Ma’juj itu sudah keluar dan bertebaran untuk
membuat kerosakan di muka bumi? Kisah dari Zainab binti Jahzy, hadis
yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim di atas dianggap Imran Hosein
sebagai pengesahan bahawa pada zaman Nabi Muhammad masih hidup tembok
itu sudah mulai terbu ka. Ertinya, dalam beberapa abad selepas itu,
kemungkinan besar kaum Ya’juj dan Ma’juj sudah mencari jalan keluar.
Dalam
kisah sama yang diriwayatkan dalam sahih Bukhari, ada versi yang lebih
panjang ketika Zainab binti Jahsy akhirnya bertanya kepada Nabi
Muhammad. “Ya Rasulullah, apakah kita (bangsa Arab) akan dihancurkan
walaupun masih ada orang beriman di antara kita?” Nabi menjawab, “Ya,
ketika kem@ks!atan berleluasa.”
Pendapat
Imran Hosein yang menulis beberapa buku mengenai hari akhir, terutama
kajian takwil surah al-Kahfi, ini juga adalah berdasarkan belum penemuan
bukti-bukti arkeologis apa pun mengenai tembok yang dibina Zulkarnain.
Saat ini, tak ada satu pun sudut Bumi yang belum pernah dijelajahi
manusia atau luput dari intaian kamera satelit. Bila Ya’juj dan Ma’juj
masih terkurung dalam lem bah maka seharusnya tembok buatan Zulkarnain
itu masih kukuh menjulang dan mudah ditemui. Bila sudah tak ada
tanda-tanda kewujudan tembok besar di sebuah lembah curam maka ber erti
tembok itu sudah runtuh dan menjadi tugas arkeologi untuk mencari
sisa-sisanya.
Ada
pendapat sebahagian mufasir yang mengatakan bahawa tembok itu dibina di
kawasan Kaukasia, di antara dua lautan (Laut Hitam dan Laut Kaspia).
Ini merupakan hasil tafsiran surah al-Kahfi ayat 86-90 berkenaan dengan
perjalanan Zulkarnain yang bertemu dua perairan berwarna pekat di
bahagian barat dan timur dengan pen duduk yang bahasanya tak boleh
difahami. Wilayah dengan topografi penuh pergunungan tinggi dan lembah
curam itu sesuai dengan kawasan sempadan antara Georgia dan Rusia,
berada di barisan pergunungan Kakukasus antara Laut Hitam dan Laut
Kaspia, tepatnya di Gunung Kazbek dan lembah Sungai Terek, yang dikenali
dengan nama Ngarai Darial.
Orang
Parsi menyebutnya Gerbang Alan. Ngarai Darial dikenali juga sebagai
Gerbang Kaukasia atau Gerbang Kaspia. Orang Georgia me nyebutnya Ralani,
Darialani. Ada yang menyebutnya Porte Cu mana dan Fortes Sarmatica.
Lalu, bangsa Tartar menyebutnya Darioly. Sejak zaman dulu, Ngarai Darial
dan juga Derbent Laluan telah menjadi laluan perlintasan penting di
Kaukasia bagi pelbagai ekspedisi ketenteraan dari Parsi, suku-suku Turki
kuno, kekhalifahan Islam, hingga akhirnya dikuasai Rusia. Jalur ini
menjadi penghubung laluan dari utara ke selatan Kaukasia..sumber
0 Komentar untuk "LUBANG MISTERI DI SIBERIA DIGALI YAKJUJ MAKJUJ KINI TERBONGKAR !!!"