Jam 3 Petang Waktu Terbaik Lakukan Hubungan Seks


MENERUSI satu kajian terbaharu yang dilakukan pakar hormon mendapati jam tiga petang merupakan waktu yang terbaik untuk mengadakan hubungan seks

Ini kerana menurut pakar tersebut, Alisa Vitti, kaum wanita dikatakan sangat bertenaga pada waktu itu dalam sepanjang hari manakala kadar hormon seks lelaki pada waktu itu juga sangat memuncak.

Ia sekali gus mampu membuatkan kedua-dua individu berasa amat puas sekiranya menjalinkan hubungan persetubuhan pada ketika itu.

Disebabkan kebanyakan pasangan bekerja pada waktu yang disyorkan itu, pakar ini mencadangkan agar setiap pasangan suami isteri melakukan hubungan intim itu pada hujung minggu atau ketika cuti.

Ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan dan kasih sayang antara satu sama lain, kata Vitti yang juga penulis WomanCode ketika dipetik akhbar Britain, Daily Mail. – MYNEWSHUB.CC

Related Post

0 Komentar untuk "Jam 3 Petang Waktu Terbaik Lakukan Hubungan Seks"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info