Seorang penulis dari BBC Travel, Lloyd
Neubauer mencatatkan kisah perjalanannya ke daerah terpencil bernama
Aseki di Papua New Guinea. terletak di kawasan Anga yang jaraknya 250
km dari bandar Lae. Kawasan ini sangat terpencil bahkan tidak dijumpai
pada Google Maps. Apa yang membuat perjalanan ini dibuat oleh beliau
hanyalah keinginan mengetahui tentang mumia di sana.
Menyingkap cerita berkaitan mumia ini,
beliau sememangnya mengetahui ada beberapa buah negara yang menggunakan
teknik mengawet seperti yang diamalkan di Mesir dan salah satunya adalah
di Papua New Guinea. Sebelum itu, mumia di sini walaupun telah
diketahui oleh seorang peneroka Inggeris bernama Charles Higginson yang
belayar pada tahun 1907, sebelum perang dunia I dengan misi menyebarkan
ajaran Kristian sekaligus meneroka setiap sudut dunia. Apa yang
mengejutkannya adalah menjumpai mayat yang dijadikan mumia. Merujuk
kepada fakta inilah Lloyd bersemangat untuk melihat sendiri rupa mumia
tersebut.
Sejak itu cerita berkaitan mumia di
Papua New Guinea telah tersebar ke serata negara. Tapi yang menyedihkan,
informasi tentang sejarah semua mumia yang berada di situ masih belum
diketahui. Lebih mendukacitakan lagi, mumia-mumia ini telah dimakan oleh
manusia lain kerana dipercayai ia boleh memindahkan kekuatan yang ada
di dalam mumia. “Itu adalah satu kebohongan orang kulit putih,” ujar
Dickson, warga Aseki yang menemani Lloyd.
Lloyd sempat sampai di pinggir sebuah
tebing yang menempatkan sekurang-kurangnya 14 mumia. Mumia tersebut
tidak pula dibungkus dengan kain dan dimasukkan ke dalam keranda seperti
yang diamalkan di Mesir, tetapi mumia-mumia tersebut diletakkan dalam
keadaan duduk dan berbaris di kelilingi buluh. “Ia sesuatu yang lebih
dahsyat daripada apa yang saya bayangkan,” ujar Lloyd selepas melihatnya
dari dekat. Ia melihat mumia berwarna coklat yang kemungkinan merupakan
lapisan kulit yang diselimuti tanah liat. Bentuk tubuhnya juga
kelihatan masih utuh.
Tulang tengkorak yang berwarna putih
juga sudah jelas kelihatan. Bahkan Lloyd juga merasakan ia masih hidup.
Ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk menukarkan mayat menjadi
mumia. Anggota seperti lutut, siku dan kaki awalnya disiat bagi
mengeringkan lemak yang ada di dalam tubuh. Kemudian tubuhnya dicucuk
menggunakan buluh agar darahnya mengalir keluar. Bagi mengelakkan mumia
tersebut membusuk, bahagian berlubang seperti mata, telinga dan mulut
telah dijahit agar udara tidak memasuki ke dalam tubuh. Pada peringkat
akhir, tubuh mayat akan ditutupi dengan tanah liat dan diasapi agar
kering dan awet. Menurut suku di Papua New Guinea, menjadikan mumia
adalah penghormatan tertinggi.
Beberapa warga tempatan juga menganggap
lokasi tempat mumia-mumia ini disimpan itu adalah lokasi suci. Setakat
ini, mumia-mumia tersebut dipercayai ada yang berusia kira-kira 200
hingga 300 tahun. Ketika Papua New Guinea mencapai kemerdekaannya pada
tahun 1975, kerajaan tempatan tidak membenarkan sesiapa sahaja
menjadikan mayat sebagai mumia. Namun begitu dikhabarkan ada beberapa
suku di kawasan terpencil masih lagi melakukan amalan tradisi tersebut.
Sayangnya kerajaan di sana tidak memberi perhatian khusus kepada
mumia-mumia tersebut, sehingga ketika terjadi bencana alam seperti ribut
atau gempa bumi, maka mumia-mumia itu akan hancur dan lenyap begitu
saja.
0 Komentar untuk "Tradisi Menyimpan Mumia Di Papua New Guinea Yang Menakutkan"