Inilah Dia Nenek Yang Menjadi Juara Dalam Pertandingan Ratu Cantik Bagi Golongan Nenek Nenek

Siapa sangka paras dan tubuhnya yang tak kalah cantik dengan Miss Universe ini merupakan seorang ibu dari empat anak dan sudah mempunyai empat cucuSetelah sebelumnya Miss Universe 2015 jatuh kepada Miss Philipina yang bernama Pia Alonzo Wurtzbach, lagi-lagi wanita dari negara yang sama terpilih menjadi juara di ajang kecantikan dunia.Bezanya dengan Pia, wanita bernama Babylyn decena-Newfield ini bukan seorang gadis muda, melainkan janda berusia 48 tahun yang memenangi Mrs Grandma Universal 2016.Ya, siapa sangka paras dan tubuhnya yang tak kalah cantik dengan Miss Universe ini merupakan seorang ibu dari empat anak dan sudah mempunyai empat cucu.Newfield berjaya bersaing dengan 50 nenek lain dari seluruh dunia dalam pertandingan kecantikan antarabangsa yang digelar di Bulgaria ini."Ini adalah gelaran pertama untuk Filipina. Suatu kehormatan bagi saya kerana di usia 48 tahun ini saya masih boleh memenangi gelaran," ujarnya kepada Philippine Daily Inquirer yang dikutip Asiaone.Selain membawa pulang gelaran bergensi itu, dia juga memenangi kostum kebangsaan terbaik.Untuk mengikuti ajang ini, Newfield mengaku hanya mempunyai sedikit persiapan. Wanita yang ahli Muay Thai ini hanya menyesuaikan postur, cara berjalan, dan bagaimana menjaga ketenangan. Ia juga harus menjaga pola makan yang sihat, bersenam, dan merawat kulitnya.

0 Komentar untuk "Inilah Dia Nenek Yang Menjadi Juara Dalam Pertandingan Ratu Cantik Bagi Golongan Nenek Nenek"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info