Ibu Muda Yang Cantik Ini Koma dan Hilang Ingatan Kerana Keracunan Tampon

Seorang ibu muda berparas cantik berusia 27 tahun, Deborah Usher tidak pernah menyangka bahawa produk penjagaan kewanitaan yang biasa digunakannya ternyata nyaris saja merenggut nyawanya.

Deborah yang mengira diserang selesema, nyaris kehilangan nyawa selepas mengalami jangkitan bakteria jarang berlaku dari penggunaan tampon ketika sedang haid. Deborah koma selama seminggu setelah divonis menderita toxic shock syndrome (TSS).

Deborah Usher
Deborah Usher saat mengalami koma selama seminggu di rumah sakit

Keadaan Toxic Shock Syndrome ini disebabkan oleh jangkitan bakteria Staphylococcus aureus dan Streptococcus pyogenes. TSS menyerang aliran darah di tubuh sehingga ditetapkan sebagai keadaan kecemasan perubatan. Bahkan jangkitan ini membuat Deborah amnesia, kebingungan, dan mempunyai sistem badan yang lemah selepas sedar.

Deborah sebelumnya mengaku memakai tampon dengan kekuatan daya sera [yang super saat menstruasi. Pada Ogos 2011, dia mengalami selesema, namun segera dilarikan ke rumah sakit saat keadaannya semakin teruk.

"TSS benar-benar mengambil alih hidup saya. Saya bahkan tidak mengingat anak saya, Joshua. Semua detik-detik bersama dengannya seakan lenyap. Ini pengalaman yang menakutkan dalam hidup saya. Setiap hari saya merasa seperti mimpi buruk yang tak pernah berakhir," katanya mengimbas kembali.

Deborah Usher
Setelah pulih, Deborah tidak mau lagi menggunakan tampon apabila sedang menstruasi

Setelah sedar, Deborah sempat tidak boleh bercakap, berjalan, berpakaian, dan makan sendiri. Siri CT scan kemudian dilakukan dan kista besar ditemui di ovari dan saluran telurnya. Pada saat itu juga, doktor langsung membedah indung telurnya.

Selepas dua minggu, dia boleh berjalan kembali dengan bantuan orang tercintanya. Setelah selamat dari maut tersebut, ia pun berjanji tidak akan pernah lagi menggunakan tampon, setelah menggunakan tampon kekuatan super setiap kali haid.

Tampon Menstruasi Deborah Usher
seperti inilah tampon yang digunakan Deborah kala menstrual. Tampon tersebut dimasukkan ke dalam faraj dan apabila sudah lembab dan ingin diganti, tinggal menarik benang yang ada pada tampon untuk dikeluarkan dari faraj
 
Tidak disebutkan apa jenama tampon yang digunakan oleh Deborah. Pelbagai kajian mendedahkan, bahawa tampon memang amat terdedah menyebabkan jangkitan khususnya pada faraj. Wanita yang mengalami haid dianjurkan memakai tuala wanita sahaja dan menggantinya setiap 3 jam sekali.
(Daily Mail, Mirror)
0 Komentar untuk "Ibu Muda Yang Cantik Ini Koma dan Hilang Ingatan Kerana Keracunan Tampon"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info