Dikecam Kerana Papar 'Kemiskinan', Ini Luahan Datuk Terlajak Laris
Siapa tak kenal dengan jutawan muda sempoi lagi bergaya, Datuk Datuk Aliff Syukri yang terkenal dengan hashtag #TerlajakLaris?
Hampir seluruh warga Malaysia baik tua
mahupun muda mengenali beliau. Tapi tidak ramai sebenarnya tahu Datuk
Aliff Syukri ini hidup bersederhana sahaja.
Kini, Datuk Terlajak Laris kita ni
berkongsi gambar makan di lantai Airport. Tak sangka, dah papar
kesederhanaan seperti orang biasa pun kena kecam.
Gambar yang dimuatnaik ke dalam laman
page Facebook rasmi beliau yang mempunyai lebih daripada 300,000 orang
peminat ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizens.
Namun, sudah lumrah manusia, susah
dipuaskan dan sentiasa mengkritik kekurangan atau kelebihan orang lain,
gambar Dato' Aliff ini tidak terlepas daripada sebarang kecaman manusia.
Berikut merupakan luahan beliau di ruang komen Page Facebook rasmi milik beliau
"Kalau saya upload makan di tempat mewah, orang kata saya menunjuk, kasihan kat orang yang tak mampu. Upload gambar macam ni korang kata nak menunjuk. Tak upload gambar, korang kata saya dah tak laris.
Habis korang nak yang macam mana ye? Apa pun kalau saya ada buat salah dengan korang, saya minta maaf lah."
Teringat OMM kisah Luqman Al Hakim semasa beliau berjalan bersama dengan anaknya di pasar seperti diceritakan di bawah:
Suatu hari Luqman Hakim telah memasuki sebuah pasar dengan menaiki seekor baghal, manakala anaknya pula mengikut dari belakang.
Melihat tingkah laku Luqman
itu, sesetengah orang y ang berdiri di pinggir jalan pun berkata :
“Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa.
Dia sedap-sedap duduk menaiki baghalnya sedangkan anaknya pula dibiarkan berjalan kaki.”
Setelah mendengarkan
kata-kata yang kurang sedap dari orang ramai maka Luqman pun turun dari
baghalnya itu lalu diletakkan anaknya di atas baghal itu dan kembali
berjalan.
Melihat yang demikian, maka
sesetengah orang di pasar itu berkata pula : "Sungguh biadab budak itu.
Orang tuanya dibiarkan berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki
baghal itu.”
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang baghal itu bersama-sama dengan anaknya.
Kemudian sesetengah orang
ramai pula berkata lagi : "Lihat dua orang itu menunggang seekor baghal,
alangkah seksanya baghal itu membawa beban yang berganda.”
Oleh kerana tidak suka
mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari baghal
itu dan menyambungkan perjalanann ya, kemudian terdengar lagi suara
orang berkata :
"Ada baghal tetapi tuannya berjalan kaki. Alangkah bodohnya!”
Dalam perjalanan mereka
kedua beranal itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya
tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya : "Sesungguhnya
seseorang itu tidak terlepas dari percakapan manusia. Maka orang yang
berakal tidak mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T
sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimban
gann ya d alam tiap-tiap sesuatu."
Sedih bukan? Kongsi makan kat tempat
'grand' kena kecam, kongsi makan kat lantai pun kena kecam. Oh
Malaysiaku. Oh, silap. Oh, Melayuku.
0 Komentar untuk "Dikecam Kerana Papar 'Kemiskinan', Ini Luahan Datuk Terlajak Laris"