MACAM-macam perangai pelik telah diketengahkan dalam media sosial sebelum ini, dan kali ini seorang gadis berusia 20 tahun yang dikenali sebagai Nano, menambahkan lagi jumlah manusia pelik di dunia ini
Nano menganggap dirinya sebagai kucing dan merasakan dia telah lahir dalam spesis yang salah.
Disebabkan Nano merasakan dia sepatutnya lahir sebagai kucing, maka dia berperangai seperti kucing, termasuk merangkak di dalam rumah dan memakai telinga palsu seakan-akan kucing.
“Saya menyedari bahawa diri saya adalah kucing ketika saya berusia 16 tahun,’’ katanya.
Dia yang berasal dari Oslo, Norway ini mendakwa telinganya begitu sensitif dan boleh mendengar bunyi yang tidak boleh didengar oleh manusia seperti bunyi kunci dalam poket dan bunyi roda beg yang bergerak di atas jalan.
Jika bertemu anjing pula, Nano berkata dia serta merta akan bertindak balas dengan bunyi desiran.
Seperti binatang kecil yang berkaki empat, Nano suka tidur di ruang tertutup seperti di dalam sinki. – Mynewshub.cc
0 Komentar untuk "Gadis Pelik Boleh Anggap Diri Asal Sebenarnya Kucing"