Pelajar Lelaki Bantah Kerajaan Dengan Berlari Bogel…

MENGEJUTKAN dan memalukan namun bagi 90 pelajar lelaki di Filipina ini, berlari bogel merupakan satu cara untuk `mengajar’ kerajaan mereka agar lebih telus.

Larian bogel itu dianjurkan Alpha Phi Omega dan ia merupakan acara tahunan dengan pelajar dan alumni Universiti Of The Philippines di Manila ini akan berlari dalam keadaan bogel di kawasan kampus.

Ada yang memakai topeng bagi mengelakkan diri dari dikenali tetapi ada juga yang selamba, tanpa menutup muka berlari bogel.

“Tujuan kita melakukan acara ini adalah simbolik bahawa kerajaan perlu ditelanjangkan untuk memastikan mereka melakukan kerja dengan telus.

“Ia bermaksud kita perlu bekerja keras untuk membogelkan mereka,’’ kata penganjur larian itu Ed Lucero.

Menurut alumni universiti berkenaan, acara terbabit telah dimulakan sejak 1970-an ketika mereka membantah bekas presiden Ferdinand Marcos kerana mengharamkan filem yang mengkritik pentadbirannya.- Mynewshub.cc
0 Komentar untuk "Pelajar Lelaki Bantah Kerajaan Dengan Berlari Bogel…"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info