Gadis Albino Ini Dahulunya Sering Dihina, Kini Menjadi Model Berpengaruh Dunia


Untuk menjadi seorang model, apa yang paling penting adalah penampilan. Memiliki tubuh badan yang ramping, tinggi lampai dan jelita.
Namun, pernah tak anda berfikir bahawa bukan wanita yang sempurna sahaja yang layak untuk diketengahkan menjadi model antarabangsa?
Setiap manusia itu diciptakan sangat sempurna, walaupun ada kecacatan pada anggota badannya, sudah pasti ada kelebihan pada dirinya yang tiada pada orang yang dianggap lebih sempurna.
Nastya Zhidkova, seorang gadis berusia 18 tahun dari Ukraina, menghidapi penyakit Albino, memiliki rambut platinum dan warna kulit yang hampir tak berwarna, seolah-olah ia adalah peri di langit dan tampak begitu suci.
Albinisme atau albino adalah kelainan keturunan yang kekurangan pigmen yang memberi warna pada kulit, rambut dan mata, sepenuhnya atau sebahagian tubuh badan manusia.








Nastya sejak lahir telah menderita albino. Tubuhnya tidak dapat menghasilkan melanin sendiri, rambut dan kulitnya putih, dan bulu matanya juga putih dan bahkan matanya tampak begitu pelik bagi sesetengah orang yang melihatnya.
Walaupun penyakitnya itu dianggap satu kekurangan, tetapi siapa sangka tuah berpihak kepada dirinya. Dia juga antara model albinisme yang paling terkenal.
Mata Nastya yang tidak memiliki pigmen, gagal untuk mencerminkan warna cahaya, menyebabkan irisnya tampak berwarna pink muda dan ungu, yang juga membuat matanya sangat unik dalam gambar. Namun hanya dia yang tahu betapa sukarnya untuk dia melihat seperti orang lain.




Pesakit albinisme sangat sensitif terhadap cahaya, kulit mereka akan sangat mudah terbakar sinar matahari, dan mereka sangat berisiko untuk diserang penyakit kulit,. Dan kerana itu, mereka tidak boleh bebas untuk keluar seperti orang lain.

Sumber: Iniserius.com
0 Komentar untuk "Gadis Albino Ini Dahulunya Sering Dihina, Kini Menjadi Model Berpengaruh Dunia"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info