Introvert merupakan personaliti
seseorang individu. Berbeza dengan extrovert, individu yang memiliki
sifat introvert ini lebih cenderung untuk tidak bergaul dengan orang
yang berada di sekelilingnya. Mereka juga lebih senang bersendirian
atau tempat yang tenang, daripada di tempat yang mempunyai ramai orang.
Ciri-ciri Introvert
- Suka menyendiri
- Suka berfikir
- Pemalu
- Pendiam
- Susah bergaul
- Suka berimaginasi
- Lebih mudah mengungkapkan perasaan secara menulis
- Berfikir sebelum berbicara
#1. Wanita introvert lebih setia.
Wanita introvert selalunya lebih setia dan akan berfikir dua kali jika ingin menyakiti hati dan perasaan pasangannya. Wanita introvert juga selalu berfikir sebelum bertindak dan hanya lelaki yang dicintai sahaja yang selalu berada di fikirannya.#2. Lebih suka memperhatikan hal-hal yang kecil.
Wanita introvert selalunya lebih suka
memperhatikan hal-hal kecil. Mereka selalunya lebih cenderung memikirkan
hal yang tidak perlu difikirkan. Wanita jenis ini juga selalu
berhati-hati dalam menjaga hati pasangannya.
3. Selalu bersikap tenang dalam menghadapi masalah.
Jarang sekali kita melihat wanita
introvert ini marah. Wanita ini biasanya akan tenang dalam masalah yang
dia hadapi. Baginya marah tidak akan menyelesaikan masalah. Wanita ini
juga selalu berfikiran positif dalam menghadapi dan menyelesaikan
masalah. Saat dia sedang berada dalam masalah dia akan terus
memikirkannya dan meminta maaf terlebih dahulu.
#4. Berpakaian secara sederhana.
Wanita introvert selalunya berpakaian
secara sederhana atau simple. Mereka selalunya tidak memakai mekap dan
lebih suka tampil dengan diri mereka yang sebenarnya. Mereka juga tidak
suka membuang masa dalam menjaga penampilan mereka secara berlebihan.
#5. Serius dalam menjalin hubungan.
Jika anda sedang bercinta dengan wanita introvert, percayalah dia sedang serius memikirkan masa depannya bersamamu.
#6. Sangat berhati-hati dalam hubungan.
Wanita jenis begini selalunya lebih
berhati-hati dalam hubungan mereka. Kebiasaannya mereka akan menyelidik
terlebih dahulu latar belakang seseorang yang mereka ingin bercinta itu.
Tetapi jangan hairan jika wanita introvert ini kebanyakkannya single
kerana bukan mereka tidak laku tetapi mereka takut jika lelaki tersebut
hanya ingin main-main dengannya.
#7. Sederhana
Selalunya wanita introvert ini selalunya
lebih sederhana. Mereka sederhana dalam semua perkara, baik dari segi
penampilan, membeli-belah dan sebagainya. Mereka juga jenis tidak
menghabiskan wang dalam membelanjakan barang mewah. Jadi jangan risau
soal penampilan dan soal kewangan anda kerana mereka akan menerima anda
seadannya.
0 Komentar untuk "7 Sebab Kenapa Wanita Introvert Merupakan Calon Isteri Terbaik"