Dunia ini memang sentiasa dipenuhi 
dengan pelbagai jenis misteri yang muncul setiap hari. Ada kalanya, 
misteri-misteri ini dapat diselesaikan dengan menggunakan logik akal dan
 ada kalanya, pengetahuan sains diperlukan bagi mencari penyelesaiannya.
Namun begitu, bukan semua misteri di 
dunia ini berjaya dirungkaikan oleh sains. Berikut merupakan senarai 
misteri yang masih kekal sebagai misteri sehingga kini.
#1. China’s Dwarf Village
Perkampungan ini dianggap pelik kerana 
hampir separuh daripada penduduk di kampung ini adalah kerdil. Terdapat 
desas-desus yang mengatakan, mereka yang tinggal di Yangsi, ditimpa 
penyakit misteri ini yang menyerang perkampungan ini pada lebih dari 60 
tahun yang lalu.
#2. Francis Leavy’s Handprint
Francis Leavy merupakan seorang ahli bomba yang berdedikasi yang hidup pada tahun 1920-an.
Pada 18 April 1924, rakan-rakan Francis 
menyedari perubahan pada sikapnya itu. Selepas beberapa minit, Francis 
tiba-tiba mengumumkan bahawa dia mempunyai perasaan pelik di mana beliau
 berasa yang beliau akan meninggal dunia pada hari itu.
Namun begitu berlaku kebakaran yang 
memusnahkan pusat bomba tersebut dan menyebabkan kesemua rakan-rakan 
Francis mati. Pada keesokan harinya, sewaktu rakan Francis yang 
terselamat telah mencuba untuk memahami akan kematian Francis dan 
rakan-rakannya, dia telah melihat sesuatu yang pelik pada cermin 
tingkap.
Kesan tapak tangan kelihatan jelas pada 
permukaan kaca tingkap itu dan tingkap itu merupakan tingkap yang sama 
yang telah dibersihkan oleh Francis pada sehari sebelum kejadian 
kebakaran itu.
Tingkap itu telah dicuba untuk 
dibersihkan oleh rakan-rakan Francis yang lain tetapi kesan tapak tangan
 itu masih gagal untuk dihilangkan dan wujud selama bertahun-tahun 
selepas itu sebelum ianya dipecahkan oleh seorang kanak-kanak yang 
membaling kertas pada tingkap itu pada tahun 1944.
#3. Jeannette DePalma
Pada tahun 1972,  seekor anjing telah 
membawa sesuatu yang sangat pelik yang merupakan lengan manusia yang 
telah reput ke pintu belakang rumah tuannya. Terkejut dengan penemuan 
anjingnya itu, lelaki itu kemudiannya telah melaporkan perkara itu 
kepada pihak polis.
Setelah disiasat, lengan itu merupakan 
milik seorang wanita yang dikenali sebagai Jeannette DePalma yang telah 
dilaporkan hilang selama enam minggu yang lepas.
Meskipun kisah itu telah berlaku pada 
hampir 30 tahun yang lepas, namun setakat ini kematian Jeannate masih 
belum dapat diselesaikan dan ianya kekal sebagai sebuah misteri yang 
tidak dapat dijelaskan.
#4. Percikan Radio Cosmic
Sebuah pecahan radio kosmik atau 
“blitzar” telah mendapat perhatian para saintis di seluruh dunia pada 
tahun 2007. Sembilan blitz yang telah dikaji pada tahun-tahun sejak 
penemuan mereka itu telah dipetik dari data sejarah.
#5. Hoia Baciu
Ramai yang mengatakan bahawa, Hoia Baciu
 di Transylvania merupakan sebuah hutan yang paling berhantu di dunia. 
Tidak dapat dijelaskan mengapa pokok di Hoia Baciu ini semuanya 
bengkok-bengkok dan mempunyai bentuk yang pelik.
Beberapa pengunjung ke Hoia Baciu 
mengatakan bahawa mereka sentiasa berada di  dalam ketakutan dan turut 
mendakwa terdapat luka di badan mereka tanpa sebab yang jelas ketika 
mengunjungi hutan ini.
0 Komentar untuk "5 Misteri Yang Masih Gagal Diselesaikan Oleh Saintis Hingga Sekarang"