Kisah-kisah ghaib seringkali menjadi
perhatian ramai. Ramai orang yang diganggu syaitan atau makhluk halus
ingin segera kembali hidup seperti biasa. Namun begitu ada terdapat juga
beberapa kes orang yang diganggu oleh syaitan berakhir dengan kematian.
#1. Annaliese Michel
Annaliese Michel, wanita kelahiran
Bavaria, Jerman didapati menghidapi penyakit epilepsi atau lebih
dikenali penyakit kekejangan ketika berusia 16 tahun. Dia juga disangka
mengalami tekanan jiwa sehingga ditempatkan di rumah sakit jiwa.
Apabila Michel memasuki usia 20-an
kehidupan Michel bertambah teruk, Michel sering mendengar suara-suara
makhluk halus di sekelilingnya dan dia juga alergi terhadap perkara yang
berkaitan dengan agama. Michel juga berniat untuk membunuh diri, malah
Michel juga dirasuk hantu, oleh itu keluarganya memanggil paderi untuk
menghalau makhluk halus tersebut.
Michel telah menjalani sebanyak 67 sesi
pengusiran hantu. Michel juga akan menjalani pengusiran hantu sebanyak
satu atau dua kali setiap minggu yang mengambil masa selama 4jam, yang
dilakukan selama sepuluh bulan pada 1975 hingga 1976.
Sehari setelah menjalani pengusiran
hantu Michel telah meninggal dunia 30 Jun 1976. Kematian Michel adalah
disebabkan malnutrisi dan hidrasi kerana beliau sentiasa berpuasa ketika
pengusiran hantu sedang dilakukan. Kedua-dua ibu bapa Michel dan dua
orang paderi dihukum penjara selama 6 bulan atas tuduhan cubaan membunuh
Michel.
#2. Terrance Cottrell
Terrance Cottrell, kanak-kanak yang
berasal daripada Amerika Syarikat ini telah disahkan menghidapi penyakit
austime ketika beliau berusia 2 tahun. Apabila beliau semakin membesar,
Terrance juga sukar untuk dikawal, sering membuat kekecohan di sekolah
dan juga sukar untuk duduk di tempatnya.
Ibu Terrance Cotrell iaitu Patricia
Cooper telah mengikuti nasihat kawannya yang menasihatinya supaya
melakukan pengusiran hantu pada badan Terrance. Ketika ritual ini
dilakukan Terrance diminta untuk berbaring di atas tanah lalu pendeta
Ray Hemphill memegang kepala Terrance dan lututnya ditekan di dada.
Setelah dua jam aktiviti ritual ini
dilakukan Terrance didapati tidak lagi bermaya dan mukanya telah
bertukar menjadi biru. Terrance meninggal dunia pada bulan ogos 2003,
ketika berusia 8 tahun. Hemphill kemudiannya dihukum penjara atas cubaan
membunuh.
#3. Jacqueline Sanchez
Jacqueline Sanchez, wanita yang berasal
daripada Belize Central Amerika mengalami penyakit kekejangan dan
histeria. Penyakit yang dialami oleh Jacqueline membuatkan ibu bapa
Jacqueline percaya bahawa terdapat roh jahat di dalam badannya.
Jacqueline telah dibawa ke gereja
Pentecostal untuk aktiviti ritual pengusiran hantu, tetapi dia akhirnya
mati. Punca kematian Jacqueline Sanchez adalah disebabkan oleh
kegagalan jantung dan lebam di badannya, tetapi kematian Jacqueline
dipercayai berpunca daripada gangguan roh jahat.
Ramai saksi ritual di gereja berkenaan
mengatakan bahawa apabila ritual sedang dilakukan tubuh Jacqueline
ditarik ke udara dan kemudian dilemparkan ke tanah dan kemudiannya
meninggal di tempat kejadian.
#4. Joan Vollmer
Pada tahun 1993, Ralph Volmer melihat
kepelikkan pada isterinya. Joan vollmer sering dilihat menari-menari di
luar rumah dan mengeluarkan kata-kata kotor, melambai-lambai tangan dan
kadang kala meniru pergerakan binatang iaitu anjing dan babi.
Ralph mempercayai bahawa isterinya
dikuasai oleh syaitan dan meminta pertolongan daripada pakar pengusiran
syaitan. Isteri Joan diikat di kerusi dan kemudiannya dicekik hingga
mati. Ralph beranggapan bahawa roh jahat tersebut telah meninggalkan
badan isterinya.
Mereka beranggapan bahawa Joan akan
bangun kembali seperti biasa dan meninggalkannya selama 2 hari. Namun
begitu, Joan akhirnnya mati dan jasadnya membusuk. Ralph Vollmer, dan
rakan-rakannya kemudiannya ditangkap atas pertuduhan membunuh Joan.
0 Komentar untuk "4 Kisah Seram Pengusiran Hantu Yang Berakhir Dengan Kematian."