Seorang pengusaha ganja berlesen cuba
mencari populariti di laman sosial Instagram dengan memuat naik
gambar-gambarnya bersama wanita seksi, jet peribadi dan sejumlah wang
tunai.


Michael Straumietis yang merupakan Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) Advanced Nutrients cuba menarik pengikut di
laman sosial berkenaan dengan mempamerkan kemewahannya.
Straumietis merupakan pengusaha ganja bagi tujuan kajian pertanian, makanan tambahan dan nutrisi.






Ketika memuat naik gambar-gambarnya,
Straumietis turut mempromosikan perusahaannya yang berpangkalan di
Kanada dan mendapat kelulusan pihak berkuasa untuk menanam ganja secara
tertutup.


Jutawan itu dilahirkan di Portland,
Oregon dalam keluarga golongan pertengahan – bapanya meninggal dunia
ketika dia masih remaja manakala ibunya seorang penagih dadah.
Straumietis turut bekerjasama dengan
pihak berkuasa utama dunia dalam melakukan kajian terhadap nutrien ganja
untuk makanan tambahan.




0 Komentar untuk "Pemilik Ladang Ganja Pamer Kemewahan Dan Dikelilingi Ramai Wanita Cantik"