Ramai wanita yang ada masalah peha besar dan ada yang malu nak pakai seluar kerana menampakkan bentuk peha.
Tapi jangan risau, masalah peha anda yang macam gajah tu boleh diselesaikan.
Cuba 7 cara mudah ini. Apa yang penting kena jadikan ia rutin dan disiplin.
#1. Minum Air Kosong
Air putih bukan sahaja untuk elakkan dari dehidrasi tetapi membantu tubuh membuang racun dan memproses pembakaran.
#2. Makan Makanan Rendah Kalori
Berhenti makan makanan berkalori tinggi
dan berlemak. Ganti dengan sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt dan
makanan kaya serat. Makanan tak sihat tu lah punca peha anda besar.
#3. Pengambilan Nutrisi
Pengambilan nutrisi seperti vitamin D,
protein, dan asid omega-3 sangat penting. Pada mulanya memang susah nak
biasakan diri makan makanan sihat, tetapi anda akan rasai perbezaannya
nanti.
#4. Tetapkan Masa Tidur
Tidur membantu membakar lemak badan.
Tubuh anda akan membakar 45-115 kalori sejam sewaktu tidur, bergantung
pada berat badan. Tapi jangan makan sebelum tidur, itu punca utama peha
anda besar.
#5. Jangan Tertekan Atau Stres
Lemak yang terkumpul di peha akan sukar dibakar walaupun bersukan jika anda sentiasa dalam keadaan tertekan.
#6. Jangan Kerja Berlebihan
Kerja berlebihan hingga biasa berjaga
lewat malam tak baik untuk kesihatan. Ia buatkan berat badan naik dan
sukar untuk mengecilkan peha.
#7. Lakukan Gerakan Peha
Latihan seperti skipping, berlari, naik
tangga, squats dan berbasikal sangat membantu membakar lemak pada peha.
Lakukan aktiviti tersebut paling kurang pun 30 minit sehari.
0 Komentar untuk "Peha Besar Macam Gajah? Cuba 7 Cara Ini Untuk Buang Lemak Peha!"