Pastinya anda tidak percaya apa yang
sedang anda baca ini bukan? Tiada siapa yang sengaja ingin membau kentut
siapa-siapa pun di dalam dunia.

Ramai orang menganggap kentut adalah
kotor dan mungkin juga menjijikan. Walau bagaimanapun, seorang pakar
dari Universiti Exeter mengatakan yang sebaliknya.
Dr. Mark Wood menyatakan bahawa hidrogen
sulfida, ataupun ‘hydrogen sulphide’ yang terdapat pada gas telur basi
dan gas kentut mungkin dapat menjadi penyelesaian masalah kesihatan pada
masa akan datang.
Hidrogen sulfida mungkin berbau busuk,
tetapi ia mempunyai pelbagai fungsi yang bermanfaat buat kesihatan.
Antaranya termasuk juga merendahkan risiko mengalami penyakit kronik
seperti kanser, serangan jantung, strok, mengurangkan risiko mengalami
artritis, demensia dan juga dapat mengurangkan penggunaan mitokondria
yang membekalkan tenaga kepada saluran darah, mengurangkan risiko
keradangan.
Profesor Matt Whiteman dari Universiti
Exeter menyatakan bahawa sel-sel yang mengalami tekanan menyerap masuk
enzim untuk membuat hidrogen sulfida yang membuat mitokondria berfungsi
untuk bekalkan tenaga pada sel. Jika tidak, sel-sel tersebut akan mati,
meningkatkan risiko keradangan.
0 Komentar untuk "Kajian: Menghidu Bau Kentut Suami Atau Isteri Baik Untuk Kesihatan"