Seorang gadis berusia 19 tahun yang
berasal dari Amerika Syarikat telah mencetuskan kontroversi apabila dia
mendakwa yang dia telah berjaya menjual daranya kepada seorang ahli
perniagaan dari Abu Dhabi dengan harga melebih RM12 juta.

Gadis yang dikenali sebagai Giselle ini
dikatakan telah berjaya menemui ‘pembelinya’ setelah dia menggunakan
perkhidmatan Cinderella Escorts, sebuah laman web Jerman.
Cinderella Escorts ini merupakan sebuah
platform yang terkenal kerana ianya memboleh gadis-gadis muda untuk
menjual keperawanan mereka kepada lelaki-lelaki yang kaya di serata
dunia.

Menurut Giselle, ianya seperti sebuah mimpi menjadi kenyataan setelah berjaya menjual daranya pada harga yang tinggi.
Tambah Giselle lagi, setiap wanita di
dunia ini memiliki hak sama ada untuk menyerahkan dara mereka secara
percuma kepada suami mereka, ataupun menjualnya kepada lelaki-lelaki
kaya dengan harga yang tinggi.

“Saya telah membuat keputusan saya
dan kini saya boleh menyambung pelajaran saya di luar negara, membeli
hartanah dan melancong ke serata dunia. Transaksi ini membuka banyak
peluang kepada saya.”
Di dalam sebuah kenyataan lain,
Cinderella Escorts telah memberitahu bahawa pihak pengurusan mereka
berasa berbangga kerana dapat membantu Giselle mengejar impiannya.

“Di dalam laman web kami, anda boleh
menonton sendiri video-video yang telah dimuatnaik oleh gadis-gadis ini
yang memberitahu sebab-sebab mengapa mereka mengambil keputusan untuk
menjual dara mereka.”
“Gadis-gadis dari Australia, Europe,
Afrika dan Amerika, serta Arab dan Asia masing-masingnya ‘berusaha’
untuk menjual dara mereka bagi mengejar impian dan cita-cita mereka.”
0 Komentar untuk "Gadis 19 Tahun Ini Berjaya Melelong Daranya Pada Harga Lebih RM12 Juta (Video)"