Zaman sekarang kebanyakan pasangan
muda rancak keluar bersama mengalahkan pasangan yang sudah berkahwin.
Jadi tidak hairanlah apabila melihat ibu bapa jadi sukar menerimanya
apabila melihat pasangan muda yang berkahwin awal.
Perkara ini sama seperti yang terjadi
pada pegawai di Pejabat Pendaftaran Sivil ini apabila melihat sepasang
pasangan muda yang kelihatan seperti kanak-kanak tetapi ingin berkahwin.
Pegawai tersebut terkejut dan meminta pasangan menunjukkan identiti
mereka.
Ternyata kedua mereka sudah berkahwin.
Kedua-dua identiti mereka tidak diketahui dengan tepat tetapi menurut
sumber dari brilio.net, viral4real, lelaki itu berusia 22 tahun manakala
wanita itu berusia 20 tahun.
Pasangan itu berkata ketika mendaftar di
pejabat itu mereka hampir diusir oleh pegawai ketika mereka mengatakan
sudah menikah. Tetapi selepas menunjukkan kad pengenalan mereka barulah
pegawai tersebut menguruskan keperluan pendaftaran mereka.
Pasangan tersebut dikatakan menderita
penyakit dwarfisme. Penyebab dwarfisme ini memberi gangguan terhadap
hormon pertumbuhan seseorang. Disebabkan itu pasangan ini mempunyai
ketinggian seperti kanak-kanak. Ketinggian wanita itu hanyalah 130 cm
dan beratnya sebanyak 30 kg.
Kisah cinta mereka berputik semasa
bertemu di sebuah pameran televisyen. Semenjak daripada itu, hubungan
mereka semakin dekat dan lebih serius sehingga akhirnya mereka bersetuju
untuk berkahwin.
0 Komentar untuk "Disangka Kanak-kanak, Pasangan Ini Hampir Dilarang Untuk Berkahwin"