
Menurut laporan Suara.TV, ketika bayi ini baru dilahirkan, ibunya telah membuangnya ke dalam tandas masjid di Ciputat Timur, Tangerang Selatan, Indonesia oleh ibu kandungnya pada bulan November tahun lepas.
Namun nasib bayi ini beruntung apabila dia dijadikan anak angkat oleh pelakon Venna Melinda, 45, ketika bayi itu berusia 10 hari.
Bayi itu kini semakin membesar dan diberi nama Vania Athabina oleh Venna yang juga seorang ibu tunggal.
Dalam usianya yang sudah mencecah beberapa bulan, ternyata kehadiran Vania memberikan kebahagiaan kepada Venna dan dia kerap membawa bayi berkenaan ke lokasi lakonannya.
Vania yang semakin comel itu kini menjadi perhatian dan dia juga memiliki akaun instagram sendiri.
Selain Vania, Venna mempunyai dua lagi anak iaitu Verrell Bramasta, 20, dan Athalla Naufal, 17, hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, Ivan Fadilla. - Suara.TV

0 Komentar untuk "Bayi Yang Dulu Dibuang Dalam Tandas, Kini Dah Besar Dan Comel"