Dubai, negara Timur Tengah yang kaya raya tersebut baru-baru ini memperkenalkan sebuah kereta sport yang direka menjadi sebeuah kenderaan yang di gelar ambulans.
Ia adalah kereta sport Lotus Evora, yang ditukar menjadi ambulans untuk beroperasi di Dubai. Kereta sport ambulans yang sebelumnya telah dipamerkan di pameran Gitex tersebut sudah diubahsuai di beberapa bahagian dan mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 300 km per jam.
Tetapi ternyata fungsi sebagai ambulans sport ini berbeza dengan fungsi ambulans seperti yang lain , kerana kereta ambulans ini tidak direka untuk membawa pesakit atau mayat, melainkan untuk memberikan kecemasan yang pertama kepada pesakit. Seorang kakitangan perubatan yang mengaku dirinya dan 50 rakannya memerlukan masa untuk mengikuti kursus memandu secara khusus untuk boleh memandu ambulans sport ini.
Dan tidak hanya Lotus Evora yang akan ditukar menjadi ambulans, melainkan ada beberapa kereta sport lain yang akan digunakan sebagai ambulans, iaitu Ford Mustang dan Chevrolet Corvette.
0 Komentar untuk " Di Negara Ini Punyai Ambulans Paling Pantas di Dunia."