Dalam
badan kita terdapat satu organ yang berbentuk seperti kacang, iaitu
buah pinggang. Setiap orang dikurniakan sepasang buah pinggang. Setiap
satu daripadanya bersaiz lebih kurang sebesar penumbuk, dan terletak
betul-betul bawah tulang rusuk bersebelahan dengan tulang belakang.
Fungsi organ ini adalah mengekstrakkan bahan buangan daripada darah,
mengimbangi cecair dalam badan, menghasilkan air kencing dan membantu
fungsi badan yang lain.
Setiap
hari, badan kita akan menapis 113 hingga 140 liter lebihan cecair, air
kencing dan bahan buangan. Tujuannya adalah untuk mengelakkan lambakan
bahan buangan di dalam badan. Buah pinggang juga mengekalkan tahap
elektrolit dalam badan. Ia juga menghasilkan hormon-hormon yang mengawal
tekanan darah, menghasilkan sel darah merah dan mengekalkan kekuatan
tulang.
Jadi, amatlah penting untuk kita memastikan buah
pinggang kita sentiasa sihat. Kita tidak akan dapat mengetahui sama ada
buah pinggang kita sihat ataupun mengalami kerosakan. Oleh itu, kita
perlu mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan daripada kerosakan
buah pinggang.
Kami kongsikan 10 tabiat yang menjadi kelaziman,
yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang kita setiap hari.
Tabiat-tabiat ini boleh menyebabkan kerosakan yang serius pada buah
pinggang jika dibiarkan berlaku.
1. Kurang minum air
Antara
tugas penting buah pinggang adalah membuang toksin dan bahan buangan
seperti tahi keluar dari badan kita. Jika anda tidak minum air dengan
cukup, bahan buangan dan toksin akan mula terkumpul di dalam badan.
Akhirnya ia akan menyebabkan kerosakan teruk pada badan.
2. Pengambilan garam berlebihan
Untuk
berfungsi dengan baik, badan kita memerlukan natrium (garam). Namun,
natrium yang terlebih boleh menyebabkan kemudaratan. Mereka yang
mengambil jumlah garam yang berlebihan akan menyebabkan tekanan kepada
buah pinggang, dan juga akan meningkatkan kadar tekanan darah.
3. Pengambilan gula berlebihan
Saintis
telah membuktikan bahawa mereka yang mengambil 3 atau lebih minuman
bergula sehari lebih terdedah untuk menyebabkan protin keluar melalui
air kencing. Jika protin keluar melalui air kencing, ia adalah petanda
awal yang buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik.
4. Kerap tahan kencing
Mungkin
bunyinya pelik, tapi boleh katakan semua orang pernah melakukan ini.
Kadang-kadang anda sedang berada di dalam kenderaan awam, atau sedang
berada di dalam peperiksaan dan tidak mahu membuang masa, anda terpaksa
menahan kencing. Menahan kencing dengan kerap boleh menambahkan tekanan,
yang kemudiannya boleh menyebabkan penyakit batu karang atau kegagalan
buah pinggang. Apabila berasa hendak kencing, jangan tunggu lagi.
5. Kekurangan vitamin dan mineral
Makan
makanan yang sihat amat penting untuk badan kita, bukan saja untuk
mendapatkan badan yang sihat dan cantik, malah penting untuk buah
pinggang. Terdapat beberapa kekurangan nutrisi yang boleh menyumbang
kepada penyakit batu karang dan kegagalan buah pinggang, seperti
magnesium dan vitamin B6.
6. Minum kopi terlalu banyak
Kafein
boleh memberikan tekanan tambahan kepada organ ini dan meningkatkan
tekanan darah, sama seperti garam. Jika kita terlalu banyak minum kopi,
lama-kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
7. Pengambilan protin dari sumber haiwan yang berlebihan
Mengambil
terlalu banyak protin dari sumber haiwan seperti daging lembu boleh
menambah beban metabolik pada buah pinggang. Semakin banyak protin dari
sumber haiwan yang kita makan, semakin kuat buah pinggang kita perlu
bekerja. Ia akan menyebabkan tekanan kepada buah pinggang lalu
mengakibatkan kerosakan.
8. Tidur yang kurang
Kekurangan
tidur yang kronik dikatikan dengan masalah kesihatan, termasuklah
penyakit buah pinggang. Semasa kita tidur, badan kita bekerja untuk
membaiki tisu buah pinggang, yang kemungkinan rosak. Jadi, kekurangan
tidur menyebabkan buah pinggang kita sukar untuk sembuh.
9. Penyalahgunaan ubat tahan sakit
Ubat
yang dipreskripsi yang kita selalu ambil untuk menahan sakit sebenarnya
sangat tidak baik untuk buah pinggang. Jika anda mengambil ubat tahan
sakit tanpa pengawasan, ia boleh mengakibatkan kerosakan serius pada
buah pinggang, dan juga kerosakan pada hati.
10. Minum alkohol terlalu banyak
Sesetengah
orang suka mengambil minuman alkohol untuk berseronok. Namun jika anda
minum 3 hingga 4 gelas beberapa hari seminggu akan meningkatkan risiko
kerosakan pada buah pinggang kerana alkohol memberikan tekanan kepada
hati dan buah pinggang.
Jadi, sebelum terlambat, lebih baiklah
kita menjaganya dengan baik. Walaupun kita masih boleh bertahan hidup
jika satu daripada dua buah pinggang kita terpaksa dibuang, kita tidak
boleh seaktif sepertid dahulu. Mencegah itu lebih baik daripda merawat.
Sumber asal :
World Health Choice
0 Komentar untuk "10 Tabiat Harian Ini Boleh Merosakkan Buah Pinggang Anda"