El Salvador yang merupakan sebuah negara kecil yang terletak di kawasan
Amerika Tengah juga tidak terkecuali dengan ancaman daripada keganasan
oleh anggota-anggota kumpulan kongsi gelap di sana.
Meskipun ramai anggota kumpulan kongsi gelap ini telah dipenjarakan
termasuklah ketua-ketua mereka, namun, ini tidak dapat membanteras
aktiviti-aktiviti jenayah mereka. Di sebalik tirai besi dan tembok
penjara yang tinggi ini, ketua-ketua kongsi gelap ini dapat memberikan
arahan kepada anggota-anggota mereka yang masih bebas di luar sana untuk
menjalankan aktiviti perniagaan haram mereka seperti biasa.
Seorang wartawan untuk sebuah akhbar antarabangsa telah merakamkan
aktiviti-aktiviti kumpulan kongsi gelap ini semasa mereka menjalani
hukuman penjara di penjara Cojutepeque, Ciudad Barrios dan
Quezaltepeque.
Anggota geng kongsi gelap, Barrio 18 sedang berkumpul menghadiri
pertemuan di Penjara Cojutepeque, timur San Salvador, El Salvador
Dua orang anggota geng kongsi gelap 18 menunjukkan tatu yang dicacah di belakang badan mereka ketika berada di Penjara Quezaltepeque
Anggota geng kongsi gelap Mara Salvatrucha ketika berada di lapangan penjara Ciudad Barrios
Anggota geng kongsi gelap 18 bergaya di hadapan kamera ketika diiringi oleh pengawal ke penjara Guatemala.
Ketua geng kongsi gelap 18, Marlon Martinez semasa berada di penjara Guatemala
Salah seorang anggota geng kongsi gelap 18 semasa berada di sebuah pejabat di Valle del Sol, Apopa
Anggota geng kongsi gelap 18 ketika berkumpul di penjara Quezaltepeque
Anggota geng kongsi gelap. Mara Salvatrucha ketika berada di penjara Ciudad Barrios
0 Komentar untuk "Jom Kenali Geng Kongsi Gelap Di Penjara El Salvador "