Kerajaan Rusia sangat marah kepada pihak polis mereka. Penyebabnya para anggota polis mereka mengikuti trend dan mengaplikasikannya pada pakaian dikenakan mereka ketika bekerja. Oleh kerana itu dikuatkuasakan peraturan baru demi mengatasi masalah indisipliner ini.
Wakil Menteri Luar Negeri Rusia Sergei Gerasimov pada 27 Jun 2014 merasa geram ketika melihat polis lelaki memendekkan lengan baju mereka dan petugas wanita memakai mini skirt . "Mereka contoh tidak benar dalam mengenakan seragam. Ketua polis negara harus lebih memperhatikan penampilan mereka," Gerasimov menegaskan.
Gerasimov menegaskan penampilan merupakan perkara pertama dinilai oleh masyarakat, kedua baru memenuhi tugas. Sangat penting memperlihatkan penampilan rapi dan sopan.
Oleh kerana itu, Presiden Vladimir Putin membuat peraturan melarang polis mengikuti trend dalam fesyen kerja mereka. Ketua polis juga diharuskan memeriksa pakaian seragam setiap hari dan memastikan sudah sesuai dengan ketentuan.
Namun banyak kaum lelaki menyayangkan peraturan ini. Menurut mereka skirt pendek polis wanita menjadi pemandangan indah tersendiri saat melawat Ibu Kota Moscow dan boleh menarik ramai pelancong asing ke Rusia.
0 Komentar untuk " Inilah Pakaian Seragam Polis Paling Seksi di Dunia"