Phnom Penh – Seorang remaja perempuan di Kemboja
‘kehilangan’ mukanya akibat dimakan sejenis bakteria yang dipercayai
berasal dari tempat dia bekerja.
Suth Reth, 18, menderita penyakit jarang berlaku dikenali sebagai
necrotising fasciitis selepas dia menjalani pembedahan kecil untuk
mencabut gigi di klinik tempatnya bekerja.
Menurut portal MailOnline, gara-gara tidak merawat luka pembedahan
itu dengan cepat, bakteria yang melekat pada tekaknya menyusup ke
saluran darah di mukanya.
Lebih parah lagi, bakteria berkenaan memakan daging mukanya di
sebelah kanan, menyebabkan rupanya yang cantik kini sudah ‘hilang’.
Dia
dikejarkan ke hospital di ibu negara pada minggu lalu untuk mendapatkan
rawatan dan berat badannya susut sehingga 38 kilogram selepas menderita
penyakit tersebut
Kini dia bergelut untuk meneruskan hidup ketika doktor bertungkus-lumus menghentikan jangkitan bakteria di bahagian mukannya.
Kes yang dihadapi Reth itu mendapat perhatian antarabangsa apabila
seorang rakyat Kanada, Yulia Khouri yang tinggal di kampung remaja
tersebut meminta bantuan orang ramai menyalurkan derma bagi menampung
kos perubatan
Atas usaha Yulia yang menyebarkan kisah Reth dalam laman sosial,
remaja berkenaan dikunjungi oleh sepasukan pakar bedah Jerman dan
seorang pakar bedah Malaysia yang memiliki pengalaman luas dalam
pembedahan muka.
“Masa semakin suntuk tetapi Reth berada dalam keadaan stabil.
“Kami harap dapat mengumpulkan dana yang mencukupi untuk menampung
kos rawatan tersebut,”kata Yulia tanpa mendedahkan kos yang diperlukan
0 Komentar untuk "Gadis Ini Menderita Muka Dimakan Bakteria "