Percayakah Anda Penyapu Ini Boleh Bawa Anda Terbang.?


Jika anda salah seorang penggemar Harry Potter, terbang di atas sapu tentunya menjadi perkara yang sangat diimpikan. Tetapi sebagai muggle  manusia biasa, mana mungkin boleh terbang di atas sapu?

Sebenarnya, anda boleh. Meskipun hanya beberapa saat, anda boleh terbang di atas sapu tab penyihir betulan. Bahkan dengan berkembangnya teknologi fotografi saat ini, beberapa saat tersebut sudah cukup untuk mengabadikan diri menjadi ahli sihir.

Berbekal pengalaman ini, sebuah komuniti di Mino, Suhara Fureai Centre, mengadakan sebuah pertandingan foto ahli silap mata pada 13 September lalu. Sejumlah peserta pun berpose di atas sapu terbang dan mengenakan pakaian dengan tema ahli sihir agar dapat memenangi pertandingan tersebut.

Lihat saja aksi mereka di atas ladang bunga matahari. Mereka seolah benar-benar terbang di atas sapu terbang. Padahal sebenarnya, mereka hanya melompat sambil memegang sapu. Hasil foto mereka pun nampak semakin nyata kerana diambil dari angle rendah.

Selain berkostum penyihir, beberapa peserta juga melengkapi tema sihir mereka dengan menambah boneka kucing hitam di hujung sapu. Selebihnya, mereka tampil ceria mengikuti acara perlumbaan ini.

Berikut foto-foto dari "Mino City Witch Contest":

 



0 Komentar untuk "Percayakah Anda Penyapu Ini Boleh Bawa Anda Terbang.?"

 
Copyright © 2014 panas panas - All Rights Reserved
Template By Catatan Info