Seorang wanita yang menderita penyakit kulit yang jarang berlaku merayu bantuan bagi membuang 6,000 tumor yang tumbuh di seluruh badanya.
Ekoran penyakitnya itu, Elizabeth Huffer, 44, sering dibuli malah terpaksa menukar namanya.
Elizabeth disahkan menghidap
neurofibromatosis (NF) tahap 1 ketika berusia lima tahun, namun hidupnya
berubah ketika remaja selepas ratusan tumor mula tumbuh di seluruh
badanya.
Keadaan bertambah buruk selepas ketulan
tumbuh di muka sehingga ke kakinya dan mengalami sakit kronik kerana
hormon menyebabkan ribuan tumor bukan kanser tumbuh.
Pembedahan yang dilakukan sebelum ini
gagal malah lebih banyak tumor tumbuh kembali selepas menjalani 10
pembedahan untuk membuangnya.
Harapan terakhirnya adalah mendapatkan
rawatan pakar untuk memusnahkan tumor berkenaan dalam rawatan yang
dijangka mengambil masa lima jam.
“Tumor boleh tumbuh di mana-mana saraf badan saya. Ia tumbuh lebih 5,500.
“Tumor seluruh belakang saya menyebabkan
rasa sakit sepanjang masa sekaligus menjadikan sukar untuk tidur,
walaupun saya mengambil 13 ubat yang berbeza,” katanya dipetik
Mirror.uk.
Menurutnya, dia sering dibuli dan
terpaksa menukar nama Elizabeth ke Libby malah aspek kehidupan terjejas
terutamanya dalam komunikasi seharian, mendapat pekerjaan serta
pasangan.
Selepas 10 kali gagal pembedahan, wanita
itu mula mengumpul wang untuk menjalani pembedahan electrodessication
yang menggunakan arus elektrik untuk membunuh tisu neurofibroma dalam
badannya. – Sinar
0 Komentar untuk "Wanita Derita 6,000 Tumor Tumbuh Seluruh Badan"