Seorang pesakit melecur teruk akibat kebakaran yang dipercayai berpunca
dari kentutnya, kata Tokyo Medical University Hospital di Shinjuku Ward.
Kejadian aneh itu berlaku ketika pesakit terbabit sedang menjalani
pembedahan di bilik pembedahan, lapor akhbar tempatan Jepun, Asahi
Shimbun.
Kebakaran tersebut berlaku di hospital universiti di Tokyo itu pada 15
April lepas. Pesakit yang berusia 30-an itu sedang menjalani pembedahan
yang memerlukan penggunaan laser di bahagian serviksnya.
Pertembungan antara kentut yang dikeluarkan oleh pesakit terbabit dan
laser menyebabkan api tercetus seterusnya membakar tubuhnya termasuk di
bahagian pinggang dan kaki.
Satu jawatankuasa pakar luar yang memeriksa kes itu dalam satu laporan
yang dikeluarkan pada 28 Oktober lalu berkata tiada bahan-bahan mudah
terbakar berada di dalam bilik operasi itu ketika pembedahan.
Laporan itu juga menyebut bahawa peralatan operasi berfungsi secara normal.
"Apabila kentut pesakit itu terlepas ke dalam ruang dalam bilik
operasi, ia menyebabkan percikan api apabila terkena pancaran laser. Api
itu kemudiannya merebak sehingga membakar tabir seterusnya
mengakibatkan kebakaran besar.", kata laporan terbabit.
Sumber: straitstimes.com
Sumber: straitstimes.com
0 Komentar untuk "Pesakit Melecur Teruk Apabila Bilik Pembedahan Terbakar Selepas Dia Terkentut"