Kebanyakan bintang-bintang WWE sudah
berkeluarga. Namun jarang sekali kita dapat saksikan gambar mereka
bersama keluarga tercinta. Adakah mereka ini bengis seperti karakter
mereka di TV? Atau sebaliknya? Gambar-gambar di bawah mungkin dapat
memberi jawapan.
1. Undertaker menyusukan anak-anak kecilnya.2. Jejaka berambut merah paling selamat di dunia
The Undertaker adalah bapa kepada empat
orang anak. Satu daripada perkahwinan pertamanya, dua daripada
perkahwinan keduanya dengan Sara dan yang terakhir berusia 3 tahun hasil
perkahwinan ketiganya bersama bekas diva WWE, Michelle McCool.
Gambar di atas adalah anak sulung Taker
daripada perkahwinan pertamanya, Gunner. Mungkin beliau adalah remaja
berambut merah paling selamat dan tidak pernah dibuli kerana berbapakan
Undertaker.
3. Jericho ketika di rumah
Chris Jericho bersama isterinya,
Jessica, anak lelakinya Ash dan pasangan kembar Loretta dan Cheyenne
Lee. Yang pasti kesemua mereka tiada dalam “List Of Jericho”.
4. Keluarga lelaki terkuat dunia
Mark Henry telah melahirkan anak-anak yang paling pandai berpakaian
kemas. Ianya terbukti semasa acara penganugerahan WWE Hall Of Fame 2015.Nah, lelaki terkuat dunia bersama isterinya Jana, anak lelakinya Jacob dan anak perempuannya, Joanna.
5. Anak-anak Uso
Jimmy Uso telah mengahwini diva WWE, Naomi pada Januari 2014. Namun kanak-kanak di atas adalah anak-anak Jimmy hasil hubungannya dengan wanita lain sebelum mengahwini Naomi. Biasa la, orang belah sana.
6. Titus O Deal
Titus O Neal bermain kad bersama anak-anaknya, Thaddeus Jr. “TJ” and Titus dalam satu kempen keibubapaan.
7. “Tea” guy
Roman Reigns bersama anak perempuannya, Joelle untuk satu pengiklanan bagi mempromosikan bagaimana menjadi seorang bapa yang baik tahun lalu.
“I’m a little teapot” oleh Roman sangat mengusik hati.
8. Anak-anak, ayah di sini. Fuh!
Bray Wyatt telah berkahwin dan mempunyai dua cahayamata. Pasti satu tugas yang sukar untuk menerangkan karakternya di TV kepada anak-anaknya.
9. Generasi keempat
Randall Keith Orton bersama anak perempuannya, Alanna Marie Orton.
10. Baka Katie Vick?
Melawak je. Kane mempunyai dua orang cahayamata. Namun tidak dapat dipastikan sama ada anak kecil ini salah seorang daripadanya.
11. Max-tisfaction
Bekas Juara Wanita WWE, Trish Stratus
bersama anak lelakinya Maximus yang lahir pada 30 September 2013. Kenapa
lah saya rasa Trish ni makin lawa berbanding dulu?
12. Oh kau tak tahu?
Road Dogg bercuti bersama anak perempuannya, Amberly.13. Son of a Gunn
Pasangan regu Road Dogg, Billy Gunn bersama anak lelakinya, Colten di hari graduasi.
14. Bapa yang serabai tak semestinya tak boleh dapat anak lawa
Mick Foley bersama anak perempuannya,
Noelle yang kini tidak asing lagi. Khabarnya Noelle juga akan bergelar
ahli gusti suatu hari nanti. Mick juga mempunyai tiga orang anak lelaki
iaitu Dewey, Michael Francis Jr dan Hughie Francis.
15. Tidak “pecah hati” lagi
Shawn Michaels bersama isterinya Rebecca
yang merupakan bekas gadis Nitro (Whisper), anak lelakinya Cameron dan
anak perempuannya, Cheyenne. Pasti HBK tidak bersedih lagi.
16. Nenek kepada Pahlawan Celtic
Sheamus (sebelum jadi jahat) bersama nenek kesayangannya di Ireland. Baik cucu aku ni, ujar nenek beliau.
17. Bakal pewaris empayar
Anak-anak kepada pasangan Triple H dan Stephanie McMahon bersama nenda tercinta, Linda di acara WWE Hall Of Fame.
18. Cucu yang sempurna
Curtis Axel bersama anak lelakinya Brock di satu acara WWE Live Event. Pasti mendiang datuknya, Mr Perfect amat berbangga.
19. Gadis yang sentiasa menghidu masakan bapanya
Dwayne “The Rock” Johnson bersama anak gadisnya, Simone Alexandra Johnson.
20. Latina Heat
Anak dara kepada pasangan Eddie dan
Vickie Guererro, Raquel. Beliau pernah menyertai kem latihan NXT dan
dikhabarkan telah bertunang dengan Aiden English.
21. Pewaris darah bangsawan Regal
William Regal mempunyai tiga orang anak lelaki. Gambar di atas adalah Bailey, bersama cicak antara benuanya, Fred.
22. Ibu yang gagah
Tamina menyambut hari ibu bersama dua anak perempuannya.
23. Bapa gagah, anak jelita
Batista mempunyai dua orang anak gadis.
Athena (kanan) pernah terlibat dengan
skandal pita seks beberapa tahun lalu manakala Keilani (kiri) adalah ibu
kepada dua orang cahayamata. Menjadikan Batista bergelar datuk sebelum
berusia 40 tahun.
24. Pengutip cukai dengan anak yang bakal menjadi pemakan dunia
Bersantai bersama keluarga Schysters.
Bray Wyatt (tengah) dan Bo Dallas (kiri)
merupakan generasi ketiga selepas datuk mereka Blackjack Mulligan dan
IRS. Yang kecil itu adalah adik mereka, Mika.
25. Tanpa topeng kambing
Erick Rowan bersama isteri dan anak-anak tersayang.
26. Eksport terbaik Mexico
Alberto Del Rio bersama anak sulungnya, Joseph. Harap Paige tak jadi ibu tiri yang garang.
27. Awwwwwwww!
Luke Harper bersama bayi comel lelakinya.
28. Ibu Cenation
Ibu kepada John Cena, Puan Carol dan sekotak bijirin Fruity Pebbles.
29. Hari graduasi anak Sika
Bintang Hall Of Fame WWE, Sika di hari graduasi anak sulung mereka. Dan budak lelaki kecil itu adalah Roman Reigns. Percayalah!
30. Cucu terbaik dulu, kini dan akan datang
Bret Hart bersama cucunya, Kyra Bean Hart.
31. Secantik ibunya
Dustin Runnels atau Goldust bersama anak
gadisnya, Dakota hasil perkongsian hidup bersama Terri Runnels
(Marlena) beberapa tahun lalu. Cantik…
32. One Man Dad
Heath Slater bersama isterinya, Stephanie Jean dan anak perempuan mereka, Snow.
33. New Baby….
Kofi berehat bersama anak bongsunya.
34. Bapa saudara penyayang
Triple H bersama anak-anak saudaranya, Neysa dan Peter yang merupakan anak kepada Shane McMahon.
35. Caca marba di TV, bahagia di realiti
Gambar keluarga yang tidak perlu untuk diulas apa-apa.
Sumber: WhatCulture
0 Komentar untuk "Foto-foto “rare” bintang WWE bersama ahli keluarga mereka"